entry pertama untuk pertunangan BFF dan pasangannya, Mr Eddy dah pon cik zira wat semalam
entry kali ni nak cite sket pasal majlis beserta sedikit gamba yang ada
majlis dijadualkan bermula pada pukul 11 pagi, tp sebab masalah kelewatan sedikit, maka majlis pon bermula kul 11 lebih nak dekat kul 12 cenggitu
majlis ringkas setelah berbincang kedua belah pihak di ruang tamu, mak Eddy pon masuk ke dalam bilik emy menyarungkan cincin bertunang beserta jam tangan swatch
lepas selesai, sume makan2 dengan hidangan popular orang2 jawa iaitu nasi ambang
tapi bukan makan di dalam dulang, makan secara buffet
majlis adalah ringkas tetapi meriahlah dengan kehadiran saudara mara dari kedua belah pihak mak dan abah BFF, dan biasalah, bila sume orang berkumpul, maka riuh rendahlah rumah jadinya, tp tu yang seronok sebenarnya,,
selesai majlis dan sume dah beransur pulang, cik zira tunggu BFF dalam bilik dan terus transfer gambar dari kamera ke laptop BFF, sbb dia nak gamba2 yang ada
tak lama lepas tuh, mak BFF pon tapaukan lauk sume, cik zira dan khalis pon bergerak pulang ke rumah atok,,
selesai dah majlis pertunangan BFF yang cik zira sayangi
semoga time kawen nanti, cik zira masih berkesempatan datang di hari bahagia dorang,,
insya Allah,,=)
ini sedikit gamba tatapan k:
BFF bergambar dengan sedaranya
eddy, mak BFF (cik siti), ayah eddy, mak eddy dan BFF
lauk nasi ambang
barang hantaran
sesi menyarungkan cincin oleh mak eddy ke jari manis BFF
tudung pink : mak BFF, tudung hijau : mak eddy, bakal berbesan,,
sesi perbincangan
sesi kemeriahan dalam bilik
mak BFF bersama adik2 lelaki BFF

2 comments:
tukang cerita taknak enterframe plak???
tukang cerita last2 baru enterframe,konpem ada,jangan risau,,entry pasal tunang akan banyak,,baru 2 entries jek,,=)
Post a Comment