tidak semua yang kita rancang berakhir dengan semua rancangan itu berjalan lancar
tidak semua yang kita katakan akan berakhir dengan kita mengotakan kata-kata itu
diri hanya manusia biasa
merancang dan mengharapkan perancangan berjalan seperti yang dikehendaki
dalam meniti perjalanan
kadang-kadang ada masa hati masih teguh dan kadang kala ada masa hati rapuh
perjalanan masih jauh
masih banyak yang perlu dilunaskan
cuma nak mengatakan
hati sudah gembira kerana ada yang sudah mahu menyayangi
itu sahaja
yang lain-lain, hanya serahkan kepada Nya
hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya
semoga Dia memberikan hanya yang terbaik buat diri ini
sebab itu hanya meminta, doakan yang terbaik
buat yang menghakimi diri ini, terpulanglah
DIRI HANYALAH MANUSIA BIASA
manusia biasa yang selalu berbuat silap dan kadang kala tersasar
tapi hanya mahukan yang terbaik
akan cuba meminta nasihat dan pandangan yang rapat dan mengenali
untuk yakinkan dan ingatkan diri ini apa yang seharusnya dan sepatutnya
manusia biasa memang begini
bila tidak berada di tempat itu, tak akan faham apa-apa
tapi bila sudah berada di tempat itu, akan tahu, apa perasaannya
diri sudah melalui
dan diri sudah faham apa yang terjadi sebenarnya
kena selalu ingatkan diri apa yang diingini dalam hidup ini
doakan yang terbaik ye untuk apa jua yang bakal berlaku dalam meniti hari-hari seterusnya
AMIN ya Rabbal A'lamin..
5 comments:
betul...walaupun kkdang aper yg di rancang tak berjalan lancar tapi kita mampu melakar impian..
sungguh indah kata-kata sis...
xkenalmakatak cinta ~~ betul tuh,, kalo nak, pasti boleh melakar impian tuh,,
alyn ~~ membawa maksud mendalam alyn DEar,,=)
tumpang bahagia kalau akak bahagia:)
time kasih dEar,,
doakan lah ye yang terbaik utk kt,,=)
Post a Comment