SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, June 28, 2010

Pizza Hut Komtar



semalam, berbuka puasa di Pizza Hut Komtar
wah, masuk-masuk jek memang sangat terujalah dengan dekorasi dalaman Pizza Hut tuh
dia baru ubah suai kot
memang cantik, yelah sebab main colour kan MERAH, hee



order makan
tunggu makanan sampai




apa yang boleh dikatakan
semalam, cik zira orang yang berpuasa dan mahu menikmati hidangan berbuka, telah teraniaya
eh, kenapa pulak cik zira cakap teraniaya?




ok, ini sebab-sebabnya:


  1. servis sangat lambat dan lembap - kalo lambat sikit-sikit takpe, cik zira memang bukan jenis pemarah. tapi memang sangat lambat, seyes dan super lambat. tunggu makanan sangat lambat, nak tunggu bil lagi maha lambat
  2. pekerja tak cukup - lepas tuh kena panggil sket dengan customer mula nak buat muka lepas tuh nak ngamuk-ngamuk. ada seorang pekerja perempuan tuh, memang obviuos lah dia buat perangai. ye, tahu awak letih ramai orang, tapi kalo ikutkan, tak ramai mana pon orang dalam tuh, ada bape meja jew. janganlah buat muka dengan pelanggan. ada satu meja orang cina tuh, 3 orang, tunggu dikemaskan meja, panggil pekerja, pastu pekerja perempuan ni, terus lalu sebelah meja ktrg, buat bunyi geram lepas tuh kemaskan meja dorang hentak2 sume barang. elok ke macam tuh layan pelanggan?
  3. makanan sangat tidak sedap - ini memang jelas, leh bandingkan dengan pizza hut lain. mushroom soup dia memang tak boleh blah la, tak sedap sungguh,, cair dan tiada rasa. salad dia takde salad bar, dia buatkan tp sampai paling last sekali dan macam bukan salad. tak nikmat nak makan. pizza pepperoni adalah tidak seperti pizza. roti piza yang pucat suam kuku, tidak rangup dan topping yang tidak sesedap makan di pizza hut lain



itu 3 sebab utama kenapa cik zira kata cik zira teraniaya semalam
sungguh korang
sape yang duk penang ke, datang Penang bercuti ke, nak makan pizza hut, jangan makan kat sini
semalam masa nak keluar pon, tgk pelanggan kat meja-meja lain pon sume dah wat muka dah
kesian sape makan kat situ



maka, cik zira yang sepanjang hayat tidak pernah membuat sebarang aduan, telah pon menulis penambaikan yang perlu mereka iaitu pihak pizza hut ini ambil kira, tulis dengan berhemah lah, guna ayat yang elok supaya dorang tahu kelemahan dorang dan perbaiki.


tulis atas resit, letak dalam peti aduan




cik zira harap sangat dorang perbaiki mana yang kurang sebab orang datang untuk makan
kenalah bagi yang terbaik kan?




sape yang pernah rasa keadaan macam ni mesti tahu
tp baik cik zira mahu pun khalis, ktrg masih tersenyum semalam
tapi itulah, hakikatnya, makan malam semalam tidak best sangat disebabkan perkhidmatan yang diberikan oleh Pizza Hut Komtar dalam banyak aspek




entry ini hanya hendak berkongsi pengalaman cik zira sebagai pengguna dan pelanggan yang teraniaya semalam,,



nasib baik air sedap, kalo tak sedap jugak,
tak tahulah nak kata apa,,huhu








~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 jun 2010 9.23 a.m.

5 comments:

Anna R. said...

setuju dengan cik zira..! saya pun pernah jugak ada pengalaman macam tu. dah lah servis lambat kan. kononnya 14 minit je tunggu, tapi tak sampai-sampai jugak. makanan lambat, pekerja lak muncung sedepa. terus takde selera nak makan. kite jugak yang rugi kan sebab pape pun kite kena bayar. kadang-kadang rasa nak keluar je kedai tu walaupun makanan tak sampai lagi. penah jugak saya buat macam tu. hehehehe. jadi pengajaran sket kat tokey kedai tu. kan..? ;)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

ha,adapon orang faham,,
yelah, memang boleh sabar,tp tak baik buat pelanggan macam tu kan,,

Asfan Ash said...

ngeh3 saba je laaaa. Len kali snap je gmba yg ngamuk2 tu. Biasanya diorg akan malu

Aku dlu penah snap gmba macik pengurus KFC yg marah2 tourist. Berani r dia buat cmtu sbb tourist xpaham BM, tapi aku sbg rakyat malaysia lak yg segan =(

Asmi Asmidar said...

tula...
len kali pergi kedai mamak jer senang..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

ARC ~~ em, haah kan, lenkali nak snapla biar ada bukti,,
dorang patut takleh buat macam tuh,kan pelanggan tuh dorang kena layan dengan baik,,


xkenalmakaxchenta ~~ dah pergi kedai mamak dah, nak makan piza plak tp salah kedai pergi,,huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails