SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, July 29, 2010

bila itu sudah ketentuan-Nya, harus kuat





semalam, cik zira hantar atok dan bik ani ke rumah sedara di Larkin dekat ngan stadium tuh
ada sedara meninggal, sedara perempuan




arwah meninggal dekat rumah anak dia di KL
dibawa balik ke rumahnya di Larkin tuh, jenazah tiba pukul 8 lebih pagi, meninggal pukul 2 pagi




masa jenazah sampai, anak dia ikut naik kereta jenazah
arwah pon usia dia dah 80 lebih, anak pon paling sulong 60 lebih
anak semua dah besar-besar, cucu sume dah besar-besar




cik zira tgk anak-anak perempuan dia nangis, peluk adik beradik dan nangis
yelah, anak mana yang tak sedih kalau mak meninggal dunia
yang anak lelaki sayu tapi masih kuat, cucu-cucu lelaki pon sedih tapi masih dapat bertahan




yelah, kan tak baik meratapi pemergian
tapi jika terlalu sedih, menangis itu terpaksa sebab terlalu sayang dan tidak sanggup untuk berpisah buat selamanya




sama macam masa arwah mak meninggal dulu
seingat cik zira, cik zira cuma sedih sangat sebaik nurse bagi tahu mak dah takde
masa tuh memang nangis, tp takdelah sampai tak boleh terima, cuma terkejut dan terkilan sebab lepas ni dah tak boleh jumpa mak, borak-borak dengan mak
semuanya dah berakhir, Allah dah amek mak semula dan ktrg anak-anak mak perlu lepaskan mak dan sentiasa doakan yang terbaik untuk mak




cik zira ingat, cik zira nangis bila dapat tahu mak dah takde, lepas tuh dalam van jenazah bawa mak dari kuantan ke JB, cik zira tak nangis tp baca yasin, tgk jek mak dalam keranda
dalam hati Allah jek yang tahu betapa sedihnya cik zira masa tuh
yelah, mak pergi tak sempat nak pesan pape kat ktrg




masa mandikan mak pon tak nangis
masa sampai jek umah tok yam, azan asar berkumandang, nampak abah terus dapatkan abah, terus peluk abah, masa tuh nangis




dan masa mak nak dimasukkan ke dalam liang lahad, chenta-chenta hati dan abah yang masukkan mak dalam tuh, masa tuh memang sedih sangat-sangat sebab dah takkan nampak mak lagi, takkan nampak senyuman mak lagi,,
memang sayu sangat masa tuh, air mata memang laju jek




nak tinggalkan kubur pon memang sedih sebab terpisah dengan mak buat selamanya
pastu, malam-malam jek kalau teringatkan mak, mesti nangis
yelah, baru-baru lagi kan




tapi, cik zira tahu, mak pon tak suka anak-anak dia sedih
macam apa yang cik zira dapat belajar dari cerita HALAQAH di tv9 hari tuh, tajuk Saham Amanah, bercerita pasal amanah Allah, iaitu anak-anak, sebagai anak, apa yang paling penting bila mak ayah meninggal ialah amalan dan doa buat mak dan ayah, itu yang paling utama yang dapat membantu mak dan ayah di dalam kubur




sebab itulah, ajal maut semua Allah dah tentukan
memang susah nak terima sebab yang pergi itu orang yang kita sayang
tapi, nak tanak, kena kuat menempuh hari-hari seterusnya tanpa orang disayangi itu
hanya doa yang tak putus untuk dipohon kepada Allah semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan ditempatkan di sisi-Nya,,




cik zira percaya, ramai antara kita yang sudah mengalami perkara ni kan, kehilangan orang yang kita sayang, orang yang dekat dengan kita
memang susah, tp kena kuat, kena terima ketentuan-Nya
berdoa dan sentiasalah sedekahkan Al-Fatihah buat roh
suatu hari nanti, kita semua juga akan bertemu ajal kita, mohon semoga jika mempunyai anak, anak-anak itu nanti menjadi anak soleh/solehah yang dapat mendoakan jika kita semua telah kembali kepada-Nya yang Esa,,
doa anak-anak membantu sedikit sebanyak perjalanan kita di alam yang kekal di sana,,




sama-sama kita beringat dan berfikir
dunia hanya sementara, setiap hari pasti ada sahaja orang yang akan bertemu ajalnya
kita yang masih hidup perlu sentiasa berdoa dan ingat kepada-Nya,,
itu penting,, hanya Allah sahaja yang dapat membantu kita walau apa cara sekali pon
hanya lah berdoa, memohon kepada-Nya,,




cik zira merenung kata-kata cik zira dan Insya Allah, mudah-mudahan, buat sesiapa yang kehilangan, sama-sama kita kuat dan sama-sama sentiasa sedekahkan doa buat yang telah pergi menemui Illahi,,
insya Allah,,






~sekian~





k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 julai 2010 3.25 p.m.

2 comments:

Asmi Asmidar said...

innalillah hi wainna lillah hi rajiun...
al-fatihah wat merek...hanya doa dpat kiter berikan

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

betul,,

al-fatihah,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails