zaheeda adalah teman secohort 6 tahun bersama
walaupon tidaklah begitu rapat, namun cik zira adalah seorang yang akan cuba datang jugak tak kiralah teman mana yang jemput di hari bahagia dorang, insya Allah
suami zaheeda, firdaus juga cik zira dah banyak kali tgk sebab dia selalu jumpa zaheeda baik di UUM mahu pon di maktab
jadi, takdelah kata tak kenal langsung kan
dan firdaus baik orangnya dan mesti dia boleh jaga zaheeda dengan baik
dengan sekali lafaz sahaja, dengan tenang, zaheeda sah menjadi isteri kepada firdaus
lepas nikah jek, tak habis-habis si pengantin bergambar sana sini
yelah, sekali dalam hidup jek kan, mestilah nak rakamkan untuk kenangan abadi
dan cik zira yang memakai dress labuh warna grey, sama macam warna baju zaheeda tuh, pon tak melepaskan peluang yang ada bergambar dengan pengantin, zaheeda dan firdaus
tahniah sekali lagi buat zaheeda tersayang
semoga berbahagia dengan firdaus untuk selamanya dan menjalani kehidupan suami isteri dengan baik
cayang ieda~~
muahxx!!
No comments:
Post a Comment