SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, July 24, 2010

kampung halaman tercinta






No. 7, Jalan Sebulong, Stulang Baru
inilah alamat tetap cik zira dari dulu hingga kini






di rumah inilah cik zira dijaga oleh atok ngan bik ani masa baru lahir
di rumah inilah cik zira berkumpul sanak saudara
di rumah inilah cik zira duduk dengan atok dan bik ani bersama adik-adik lepas mak meninggal
di rumah inilah banyak memberi kenangan







daripada rumah ni sepenuhnya kayu dan jamban di belakang rumah nak pergi toilet malam-malam kena bawa lampu suluh
daripada rumah ni dulu ada kebun dan banyak pelihara haiwan, arwah tok mukri dulu lah
daripada rumah ni takde tanah untuk bermain, banyak pokok-pokok jek





sekarang, rumah dah banyak berubah
dibuka dan ditambah dengan batu tetapi bahagian kayu di tingkat atas masih dikekalkan
ada garaj untuk parking kereta
dan tanah makin luas untuk bermain dan parking kereta bila ramai balik masa raya dan kenduri




di rumah atok inilah tempat di mana semuanya akan berkumpul
bila jarang dah jumpa tapi bila berkumpul ramai sangat yang balik dan riuh rendah bunyinya
seronok sangat




situasi macam ni akan dirasa tak lama lagi bila nak dekat raya, akhir-akhir puasa nanti ramai balik untuk sambut syawal bersama
tahun lepas sume balik mungkin tahun ni berkurang sedikit sebab ada yang balik rumah mertua




cik zira sayang uma atok ni
kalau boleh sejauh mana pon cik zira pergi, rumah ni jugaklah yang cik zira akan cari bila balik
rumah ini jugalah yang cik zira dan chenta2 hati wajib berkumpul setiap 1 syawal
rumah ini jugalah bukti kasih sayang cik zira dan chenta-chenta hati buat atok dan bik ani yang telah banyak berkorban untuk ktrg bertiga







semoga rumah ni akan kekal sampai bila-bila
dah jadi rumah keluarga Hajjah Fatimah ^______^








~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 23 julai 2010 12.07 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails