SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, July 16, 2010

kisah si mayam tonet



tiba-tiba teringatkan 'anak' cik zira yang seorang itu
umo 4 tahun tp mulut mengalahkan orang dewasa, cakap macam orang besar jew
kalo layankan dia berbual, ntah pape lagi ntah yang dia tahu, sume dia cakap





mungkin sebab si mayam tonet ni selalu bertanya kan, jadi bila dia tanya, umi dia jawab, dia belajarlah,,




macam pada suatu hari, pergi umah sedara sebab atok ngan bik ani nak jemput kenduri bik moi, alkisahnya, si tonet ni tengok majalah, men selak-selak
cik zira tgk kan jela
alih-alih sampai kat satu page tuh, dia benti tau, pastu dia terus cakap,



mayam : ni pampers kak jira
cik zira : aisyh, tak lah, mana mayam tahu, pampers mayam lah
mayam : bukan, ni pampers orang dewasa, budak kecik tak boleh pakai




aduyai, si tonet ni, umo baru 4 tahun
cik zira senyum jek, pegang kepala dia





sebelum tuh, dia duduk kat meja bawah tau kat ruang tamu rumah sedara tuh
lepas tuh dia buka buku resepi
dia terus tunjuk-tunjuk



"mayam nak ni, nak ni, nak ni jugak."




upenye, dia ingat macam kat restoran lah, duduk kat meja, pastu order makanan
bukan men lagi
ingat kat kedai makan ke hape
mayam-mayam, sabo jela




hari yang sama, dalam kereta
masa tuh kan musim durian
adalah orang jual durian tepi jalan




lantas si tonet ni pon dengan selamba berkata, "kak jira, nak beli durian."




cik zira pon ape lagi, buat-buat tak dengarlah sebab cik zira tak suka durian
malas nak layan




dia tgk cik zira terus dia cakap, "ala, orang buta pon pandai beli durian."





cik zira terus gelak macam hape
si tonet ni kalo bab merepek memang pandai
mana taknya, umi ngan ayah si tonet ni buta orangnya, jadi dia nak katalah umi ayah dia beli durian tp dia gantikan dengan orang buta
yelah, geram agaknya cik zira tak layan dia
sabo jelah dengan si tonet ni





ha, lepas tuh ada lah lagi cerita si tonet ni yang boleh wat cik zira tergelak
dia tanya umi dia, "umi-umi, kenapa umi tak nampak?"
umi dia pon jawab, "ha, sebab tu lah kakak (anak sulong) jangan nakal-nakal, kena jadi budak baik je."
mayam pon balas, "oh, umi nakal ye dulu-dulu, sebab tuh umi tak nampak kan?"
LOL,,,
otak dia fikir cepat jek, kadang-kadang benda kecik jek bila dia cakap rasa lawak sangat




tapi seyes si tonet ni memang rajin bertanya
kalo ada je benda dia tak tahu dan dia nak tahu, dia akan tanya





budak-budak sekarang kan
pandai dan terlebih pandai
bercakap tak berhenti
macam si mayam tonet ni lah
asek nak gelak jek kalo layan dia berborak, mulut macam hape
nyanyi pon cukup suka, lagu-lagu dia belajar kat tadika dia, yelah, budak 4 tahun da pergi tadika, macam-macam lah dia belajar, balik uma dia prektis lah ape yang dia dah belajar




sebab tu lah cik zira suka budak-budak
keletah dorang buat kan tersenyum dan rasa happy sangat
dan sebab tuh jugaklah cik zira sayang si mayam tonet neyh,,, ^___^







~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 16 julai 2010 9.48 p.m.

2 comments:

intanurulfateha said...

comel je mayam neh =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah intan,,mayam ni memang comel,,=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails