untuk kenduri kak norish di kuala krai ni, cik zira hanya berkurung merah yang dipenuhi dengan labuci di bahagian tengah baju dan lengan baju
ni baju merah pemberian bik ani, beli beberapa tahun lepas di First Lady, beli murah jek, tak silap harga dalam RM40 cenggitu
cuma, baju kurung merah ni agak besar sket memandangkan cik zira sudah kecik sedikit,,hee
pakai simple sahaja sebab buat di rumah kan, kenduri pun kecik-kecik
padankan dengan shawl merah pink corak abstrak dengan anak tudung syria lycra warna kuning dan sarung wedges roxy warna merah tuh,,
santai sahaja
suka sangat sebab cik zira nampak MERAH sahaja walaupon penat sangat tapi tetap ada tenaga untuk bergambar dan tersenyum sebab ada merah di badanku itu,,hee
sempat amek gamba sebelum balik
lama jugak lepak umah norish ni, dari sampai dalam kul 1 lebih dan balik kul 4 lebih
seronok sangat dapat datang kenduri norish di kuala krai ni
mula-mula ingat tak dapat datang, tapi akhirnya dapat jugak datang dibawa oleh khalis,,
seronok sangat-sangat,, ^___^
No comments:
Post a Comment