selamat pagi rabu semuanya
hari ni bangun awal dari biasa untuk solat subuh
dan bolehlah mengupdate entry di awal pagi,,hee
okeh, seperti yang semua tahu
sekarang ni mesti budak-budak yang baru masuk U dah tamat orientasi
macam mana rasa jadi budak U?
mesti macam-macam pengalaman baru kan korang dapat
belajarlah rerajin ye, cik zira dah habis da 6 tahun
kepada yang masih belum tahu, cik zira adalah bekas pelajar B. Ed TEYL Cohort 3, pengajian selama 6 tahun iaitu program berkembar IPGKPP-UUM
di maktab selama 3 tahun kemudian di UUM selama 2 tahun dan tahun terakhir kembali semula ke maktab untuk praktikal dan exam akhir
program ktrg untung jugak sebab dapat merasa menjadi budak maktab dan menjadi budak U
walaupun UUM nun di hujung sintok tu ha, tp macam-macam pengalaman dapat
pengalaman sesat masa awal-awal dekat UUM tuh, yelah kan besar sangat mana tak sesat
tapi bila dah lama-lama, ceh sume jalan dah hafal da,,ngee
lepas tuh, pengalaman jalan kaki hari-hari pergi kuliah dari kolej, pengalaman sertai banyak program hebat, dapat kawan baru, dapat bisnes sardin ngan sosej roll, bisnes macam-macam
kira, tak terkata lah pengalaman yang dapat sepanjang 2 tahun di UUM itu
cik zira ada gak terperasan beberapa blogger freshie yang dapat masuk UUM
apa yang boleh dikatakan, enjoylah duduk UUM k
cuba seaktif mungkin, barulah dapat banyak pengalaman baru
masa dekat U ni lah nak cuba macam-macam, tp cuba yang baik-baik jek k
berkawan pon pilihlah yang boleh membawa kebaikan, masa nilah akan kenal siapa kawan dan siapa lawan
masa dekat UUM, paling dekat ialah CMart tuh
nak jauh sket, pergi Tesco Mergong
nak makan best, pergilah Perlis, pagi ke tengah hari jalan dulu gi Padang Besar, lepas tuh malam makan dekat Kuala Perlis, memang terbaik!
sambil menyelam minum air lah k
duk UUM pergilah berjalan jugak, janganlah duk terperap dalam UUM jek
sewa lah keta, dulu masa duk UUM nombor keta sewa punyalah berlambak dalam phone disimpan
tapi bila tiba time cuti, punya payah nak dapat keta sewa, nak sewa masa cuti, kena book awal-awal tau, kalo tak, tak boleh keluar, duk jela diam-diam dalam hostel, orang len keluar, korang pergi Mall dalam UUM tu jela
dalam UUM tu sendiri, macam-macam kemudahan ada tau, manfaatkanlah semua yang ada
macam cik zira sendiri, dah sem akhir tau baru nak cuba naik go kart kat situ
masa sem akhir jugak meronda merata UUM tuh supaya menjadi pelajar UUM dapat merasa semua yang ada dekat UUM
banyak jugak kenangan di UUM, dan nak cerita memang panjanglah entry ni
cukuplah itu sahaja k
cuma pesanan kepada pelajar-pelajar baru UUM, jadilah pelajar yang bukan sahaja belajar tapi aktif dalam segala hal, barulah merasa kehidupan pelajar U yang sebenar
seronok menjadi pelajar UUM walaupon hanya 2 tahun
tp lebih suka jadi budak maktab sebab di maktab 4 tahun, lama sket dari di UUM
walau apa pun, dah habis 6 tahun ni
6 tahun yang lama bila dah habis rasa sekejap sangat
sekarang duk menganggur tunggu dapat surat posting jew
berehatlah sebentar setelah 6 tahun duk merantau di utara belajar
nek bas turun bas, duduk dalam bas berbelas jam, sume dah merasa dah
yelah, duduk nun dekat JB, hujung Malaysia tuh, belajar dekat Pinang, dekat Sintok
jauh tuh,, tapi semuanya dah berakhir, 6 tahun sudah berlalu,, ^__^
selamat menjalani kehidupan baru ye buat adik-adik yang baru bergelar pelajar IPT
jangan sedih-sedih jauh dari keluarga, ni semua sebahagian daripada kehidupan,, =)
No comments:
Post a Comment