SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 9, 2010

alkisah di Penang



mai nak cerita pasal cik zira kat Penang ni
memandangkan esok malam dah nak balik dah kan



Khamis 5 ogos 2010

cik zira nek bas dari terminal Larkin pukul 9.30 malam
bawalah kerepek dan murtabak untuk diberikan kepada keluarga di Penang ni



Jumaat 6 ogos 2010

sampai di terminal sg nibong pukul 6 lebih nak dekat kul 7
khalis jemput, lepas tuh anta dia gi keje, bawa balik keta dia
rehat di umah mami


sampai umah mami, duk berehat melayan si qisteena dan berborak dengan ana dan kak emy
tgk kat emy buat pie yang sedap (ni entry lenkali cik zira cerita dan tunjuk gamba ye)


kuar dating kul 3 lebih cenggitu
ktrg pergi Gurney, bersopin (saat gembira ria,,hee)
khalis beli dua kemeja dan dia belikan cik zira seluar slack hitam yang memang cik zira nak tambah koleksi sebab seluar lama sudah longgar,, thanx khalis
dan cik zira juga diberi tajaan untuk membeli perfume baru sebab yang lama dah habis, terima kasih sekali lagi ye khalis,, =)
lepas sopin,ktrg gi makan sebab cik zira puasa kan, ktrg makan kat nandos lepas maghrib tuh
makan 2 set jek macam tuh,tp kenyang nya macam hape
sampai 2-2 nak bangun dari kerusi pon x larat sangat da,,
punya kenyang lah,,
ayam dia memang sedap,, puas hati lah makan,,






bes sebab dapat berjalan dan bersopin setelah lama tidak berjumpa,, ^______^




sabtu 7 ogos 2010

duk di rumah seperti biasa
dating kul 4, hari ni destinasi mencari baju raya,menuju ke BJ sebab ingat kat situ banyak kedai baju kurung, pusing dan pusing, ada banyak warna merah, tp cik zira tak berkenan jugak
ada yang berkenan dah nak amek, tp fikir balik, boleh cari yang cantik nanti kat JB
bagi tahu khalis, makanya, dia pun memberi tajaan untuk cik zira beli kat JB nanti
akan cik zira cari yang cantik-cantik sebab dah ada yang memberi sumbangan kepada hamba yang menganggur ini,,ngee, terima kasih sekali lagi wahai khalis




berbuka puasa makan kenny rogers plak
padahal semalam bawu makan ayam kat nandos, tp disebabkan kat BJ takde ape kan sebab misi mencari baju raya tidak selesai lagi
last-last makan kenny rogers yang tak sekenyang makan di nandos dan ayam pon tak best sangat macam nandos, dan baju raya pun tidak dapat




sepetangan dan malam di BJ yang sebenarnya BJ takde pape sangat pon tp orang asek ramai jek sampaikan buat ktrg naik hairan dan ajaib betul, ntah kenapa lah BJ itu ramai orang,,huhu




ahad 8 ogos 2010

mami ajak breakfast
cik zira kata cik zira puasa, tp fikir balik dah lama tak makan sama-sama dengan mami dan cucu-cucunya, cik zira pun tidak jadi berpuasa sunat untuk hari ini



ktrg pon breakfast lah kat Papa Rich
komen ea
em,, minuman kat papa rich sedap, pekat-pekat macam order milo ais, memang pekat
tapi makanan dia style kopitiam, chinese style, selera ke situ kan, boleh lah makan kat sini
tp cik zira tak bape suka sangat, mami pon kata makanan dia biasa jek, tak sedap pon
yelah, style kopitiamlah kan,,
tp oklah, kenyang sampai ke petang nak ke malam,,hee
cik zira makan noodle jek padahal, tp kenyang dia betul-betul kenyang lah,, =)




lepas makan kat Papa Rich, ikut mami shopping kat Gurney
mami shopping sakan
dan tak lupa kat anak dia sorang ni, cik zira mami belikan blouse yang cantik dan jeans legging pon cantik dan sangat suka, nanti cik zira tunjuk ea kat entry lain,,
nak cari kasut tapi mami dah lambat kena balik maktab, buka kafe
takpelah, da dapat baju ngan seluar pon dah happy sangat, thanx mami,, =)




petang, lepas anta mami kat kafe maktab, cik zira balik
keluar ngan khalis kejap pergi beli jeruk buyut kirim
lepas tuh sempat makan cendol dekat cendol yang femes dekat penang ni, kedai da kat komtar walk,, sedap, tapi takde pulut, nak yang ada pulut,, huhu




baru nak makan plak lepas makan cendol tuh, nak makan kat station 1 cafe ea nama kafe tuh, lupa plak,,hee
baru nak order, tgk menu, mami dah kol
kena balik, khalis anta balik



amek mami kat kafe, menuju ke BJ sebab temankan mami, mami nak beli laptop
pergi BJ jelah dekat
mami beli mini laptop dell kaler MERAH tau,, suka cik zira walaupun bukan cik zira punya,,hee
sekali dengan celcom broadband, setelkan semuanya




kiranya, hari ni mami sopin sakan betul
lama tak teman mami sopin,, suka tau,, =)



balik mandi solat sume
keluar pergi makan dengan khalis
ktrg makan mee udang yang sangat sedap dekat Teluk Kumbar
ni pon entry bakal menyusul ye,,



balik, siapkan diri dan tidur,,





isnin 9 ogos 2010


bangun subuh tadi
tulis diari, buat kad
transfer gamba dari enpon jek sebab kamera takde gambar sangat, berjalan 3 hari asek lupa jek nak amek gamba
baru dapat update blog sebab blog dari hari khamis sampai ahad dah buat siap-siap sebelum ke penang,,
kira hari ni siapkan entry untuk hari ni dan esok dan mungkin rabu jugak,,hee
gambar banyak untuk buat entry yang banyak jugak,,ngee




hari ni, banyak keje nak pergi setel,

  • bank in duit perfume, yay dapat perfume baru
  • hantar invois mami by hand dekat PPD
  • amek laptop mami beli kat BJ sekali ngan broadband
  • amek seluar pergi potong semalam dekat BJ jugak
  • bayar duit kereta mami
  • ajar mami guna intenet dan laptop baru dia
  • dating dating dan makan,, =)





alkisah 4 hari cik zira di Penang
esok malam dah nak balik, agenda mungkin lain sket sebab tinggal 1 hari je sebelum balik JB
tp nak solat terawih dulu sebelum baik bas,, dalam bas pun kena bawa bekal sebab lusa dah start puasa ramadhan kan,, tak sabar lah!




seronok sebab walaupun dapat balik penang kejap jek, 5 hari, tapi happy sebab dapat luangkan masa dengan orang-orang yang disayangi dan dapat bawa balik macam-macam tau
khalis ngan mami belikan cik zira, happy sangatlah~~




dah happy leh balik uma atok tolong buat kuih untuk bulan puasa ni plak
duk uma keje, sementara takde keje lagi ni,,




cukuplah entry panjang untuk malam ni
esok cik zira update lagi ye cite untuk dikongsikan bersama,,




terima kasih ye korang sudi baca entry ini,, ^_________^






~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 9 ogos 2010 9.46 a.m.

2 comments:

apik said...

salam ramadhan akak kepada yap jb.. hehe..

hazirah abdul rahman said...

salam ramadhan jugak kepada kamu,,=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails