SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, August 3, 2010

bila ramadhan bakal menjelang, syawal pula yang dinanti tidak sabar




assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semuanya
(halamak hai, dah macam cikgu lah plak masuk kelas bagi salam kat murid,,hee)




okeh
tgk tajuk entry dah tahu kan cik zira nak membebel pasal hape?
ha, bila bercakap pasal puasa ni kan, perkara paling utama ialah juadah berbuka puasa dan juadah bersahur kan kan?




penting sekali sahur hari pertama tuh, mesti nak sedap sebab semangatlah hari pertama nak puasa kan, mesti ibu-ibu sume duk termenung daripada sekarang apelah nak masak hari-hari untuk juadah berbuka puasa kan?
dan macam gitulah setiap tahun bila datang ramadhan, pening jugak nak masak apa kan
yelah, 30 hari berpuasa, mestilah nak makan lain-lain setiap hari




tapi, jangan risau
di dunia yang serba canggih sekarang ini, sumenye di hujung jari sahaja
ibu-ibu sekalian, boleh search jek nak resipi yang mudah dan ringkas kat intenet
macam-macam resipi ada
yelah, mana tahu takde idea kan, ramai bloggers yang ada blog masakan dorang
sume sedap dan nampak geram jek tgk gambar-gambar makanan yang ada
resipi pun sedap
contohlah, cik zira rasa ramai tahu, blog kak hana yang duduk di Jepun tuh
memang femes, masakan dia sume sedap, walaupon dia duduk kat Jepun, tetap macam duduk kat negara sendiri, tetap masak masakan melayu
google lah ea blog Hana's Family,, memang sangat membantu di bulan ramadhan nanti




selain makanan untuk berbuka dan bersahur, yang tak rajin nak masak leh jek gi bazar ramadhan, banyak sangat bazar ada, hari-hari beli lain-lain, cukup sebulan, dapat rasa sume makanan yang ada kat bazar tuh,,hee




okeh, habis bab makanan
tp bila korang renungkan balik kan, yelah, cik zira merenung sama sebab tuh nak membebel neyh,,hehe
bila datang jek bulan ramadhan yang mulia, puasa memang puasa
tapi kan, ramai dah siap baju raya tau
jangan terkejut
bulan puasa pon belum, baju raya dah siap, bila dah siap awal, tak saba nak pakai, sekali 'terpakai', last-last kena beli baju baru lagi untuk raya,,ngee




bulan puasa jek, sibuk dengan baju raya 2-3-4 pasang
kasut raya, tudung raya, sumelah untuk raya
rumah pon nak cantik sebab rumah raya, macam-macamlah yang ditukakan




kuih raya jangan dilupa
awal-awal dah tempah, macam-macam kuih ada, yang dah tempah dari tahun lepas pon ada, tempah siap-siap, repeat order untuk tahun ni sebab sedap sangat, cik zira percaya memang ada macam ni kan, bek mengaku cepat,, angkat tangan!
kuih raya, kek raya, kerepek raya
sumenya nak raya sekali,, yeehooo~~




dan cik zira tabik lah kat sape yang dah ready awal-awal
takdelah kelam kabut last2 minute nanti baru nak mencari




cik zira?
satu habuk pon takde lagi
yelah, dah namanya pon menganggur, nak ready ape ye tak,,
bersederhana jelah, nak pon 1 jelah untuk 1 syawal, len2 pakai jela apa yang ada
jangan membazir (eleh, sekarang bolehlah cakap, tup-tup kang ada jek yang terbeli,,oopss)




tak lama jek lagi nak puasa ramadhan
kaum hawa sekalian, sudahkah anda mengganti puasa?
cik zira awal-awal dah siap, masa raya lagi dah siap ganti, alhamdulillah
tahun ni pon nak buat macam tuh, insya Allah
puasa ganti dulu dan kemudian puasa 6,, =)
senang macam tuh,, hari-hari len leh puasa sunat jek,,




syaaban pon nak dekat habis, nak masuk ramadhan, sebulan lepas tuh syawal,,
masa utk berkumpul dengan sanak saudara keluarga tersayang,,
mesti tak sabar kan?
tapi buat yang kehilangan org tersayang dan tak dapat meraikan ramadhan dan syawal buat pertama kali, tabahkan hati k, banyak2kan doa,,




wah, kalau bab membebel, kan men lagi cik zira ni
lagi2 bercakap pasal raya, habislah taip takmo benti
kena paksa benti neyh
lenkali sembang sakan lagi ye,, ^________*





p/s lupa nak bg tahu, semalam buka puasa cik zira makan nasi, lauk sambal goreng jawa, ayam masak kurma, telur masin dengan kuih melaka (eh, betul ke nama kuih ini,,aduhai), sumenye sedap,, =)






~sekian~





k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 2 ogos 2010 8.27 p.m.

2 comments:

Asmi Asmidar said...

...huhuh..
em bulan yg dinnty2..
setahun hnyer sekali..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

iyep, tepat sekali,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails