SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, August 27, 2010

nasi ambang 150 in the making




salam ramadhan semuanya
selamat petang jumaat
kejap je kan da hari jumaat balik dah, esok sabtu, boleh berehat-rehat bersama keluarga tersayang kan





entry petang ni pun pasal makanan
semalam kan bik ani amek order nasi ambang 150 bungkus
atok tolong pape yang patut, cik zira pun tolong mana yang cik zira boleh tolong





mari tengok proses membuat nasi ambang





ini sebelum :


mee kuning untuk menggoreng mee goreng lada hitam

bawang putih dan bawang merah yang diperlukan sudah dihiris

tempe dan tauhu yang telah digoreng untuk membuat sambal goreng

ayam yang sudah digoreng tapi tidak garing
sebab nak masak kicap dan masak sambal


ayam yang digoreng

kacang panjang

bahan lain yang diperlukan

serunding yang sudah siap






untuk membuat nasi ambang ni, dia renyah sedikit, bukan sedikit, banyak rasanya disebabkan lauk yang banyak, guna nasi biasa sahaja, nasi putih, lauk-lauknya seperti di bawah :


sayur kacang panjang digoreng basah

sambal goreng jawa

ayam masak kicap atau pun,

ayam masak sambal

mee goreng lada hitam

serunding





dan kena letak juga ikan masin
kiranya ada dalam bape lauk ea sume sekali?
ada 6 lauk sumenya, banyak kan, puas hati makan tau,,





pagi tuh gi beli ayam kat pasar larkin, bik ani beli 12 ekor ayam potong 14
balik tolong basuh ayam
ayam sekarang pun dah mahal kan, kat sini sekilo RM6.50
kat Penang lagilah, khalis kata sekilo RM7.50, orang pun takut nak beli ayam dah skang
tapi ayam lah yang paling sedap pun kan kan,, hee





alah, proses membungkus nasi ambang tak sempat nak snap gamba, dah sibuk sangat semalam, kul 6.20 petang cikgu tuh dah datang amek nasi, itu pun lagi 25 bungkus kena hantar sebab tak sempat nak bungkus,,





oleh sebab semalam tak makan nasi ambang ni, masa ngah buat entry ini cik zira sudah teringin plak nak makan padahal sume dah habis da,,
teringin nak ayam masak kicap tuh macam sedap sangat jek,,
memang bik ani masak sume sedap pun,, =)





malam semalam lepas buka bik ani ngan atok dah lepak kepenatan
yelah, badan tak kuat sangat, buat order macam tuh, nasi ambang plak tuh yang banyak lauk kan, manalah tak penat, sian cik zira tengok
tapi bik ani suka, orang tempah kat dia bermakna orang suka dia masak, sedap, tu dia amek jugak order tuh,,






lepas ni kena ingatkan diri sendiri, kalau bik ani wat order lagi, kena makan jugak, kan dah jadi macam sekarang, kempunan tak makan nasi ambang semalam, sekarang baru nak teringin,,huhu
terlajak perahu dah susah nak undur dah,, ngee





takpe-takpe, boleh makan lagi nanti, percayalah,, ^__________^






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 27 ogos 2010 12.00 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails