SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, October 27, 2010

bermula hari yang sibuk





salam rabu buat semuanya
semalam, seperti yang sedia maklum, hari pertama peperiksaan setara akhir tahun sekolah cik zira iaitu SK Taman Cendana dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar





dan semalam lah bermulanya hari sibuk cik zira kerana selain mengawasi murid dalam kelas, mengambil kertas dan memulangkan kertas ke SUP, cik zira juga perlu menanda kertas untuk kelas yang cik zira aja. nasib baik sikit jek kelas cik zira aja. sume sekali ada 5 kelas:


  • Bahasa Melayu - 1J
  • Bahasa Melayu - 1M
  • Pendidikan Seni - 3D
  • Pendidikan Jasmani Kesihatan - 1I
  • Pendidikan Jasmani Kesihatan - 1K
 (cik zira perlu ganti kak jalilah yang cuti bersalin. amek alih tugas dia sampai akhir tahun. mulai tahun hadapan, baru dapat kelas yang betul dan mengajar english)




jadinya, semua kertas periksa untuk 5 kelas ini cik zira perlu tanda dan alhamdulillah, malam tadi sampai ke pukul 11 lebih, cik zira berjaya menyiapkan kertas Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 untuk kelas 1J dan 1M itu. sudahlah tak dapat skema jawapan. nasib baiklah dajah 1,, hehe


menyiapkan tanda 124 kertas malam tadi dengan jayanya,, =)




yang tuh dah siap tulis markah siap-siap. dan untuk pendidikan jasmani kesihatan dengan pendidikan seni tuh, paper dorang hari jumaat ni. kalau bukan jumaat, cik zira memang sempat tanda dan siapkan sebelum jumaat. ini paper hari jumaat, takut tak sempat nak tanda sebab cik zira ingat nak siapkan semua memandangkan isnin dan selasa cik zira amek cuti untuk konvo nanti.






dan selain penandaan kertas, cik zira kena siapkan semua fail peribadi murid 1M dan Buku Adab 1M jugak. kena siapkan dalam minggu ni jugak. lepas tuh nanti dah dapat markah semua, kena masukkan dan buat senarai sebab nak masukkan dalam buku rekod budak-budak.






wah wah, inilah namanya seorang guru. walaupun dah nak tutup sekolah, makin banyak kerja yang perlu dilaksanakan. memang banyak dan insya Allah, cik zira akan cuba siapkan satu persatu. mana yang boleh buat, cik zira akan selesaikan dahulu. MESTI BOLEH!!






bila jadi guru kelas ni, kerja dia bertambah sikit daripada cikgu yang tak pegang kelas sebab lagi-lagi nak tutup sekolah lagi sebulan lebih ni, memang banyak nak kena selesaikan sebab untuk persiapan naik tahun hadapan, semua nak kena beres..






takpe, mana boleh buat, buat dulu, nanti cuti seminggu minggu hadapan, boleh rehatkan diri daripada fikir pasal sekolah. fikir nak konvo dan fikir nak bercuti sekejap. itu aje.






kiranya ada 3 hari sahaja untuk cik zira selesaikan semua supaya tidak ada masalah nanti bila cik zira cuti isnin dan selasa nanti. insya Allah, HAZIRAH MESTI BOLEH!!






p/s terima kasih ye sudi baca pengalaman cik zira sebagai seorang guru baru,, =)






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 27 oktober 2010 8.23 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails