salam semuanya
Ya Allah, bertarikh 12 oktober 2010 dikala jam menunjukkan ke angka 12.50 pagi, cik zira baru berkesempatan menjenguk blog MERAH kesayangan dan baru nak update entry setelah beberapa jam entry petang tadi disiarkan secara umum (ececeeh)
mesti anda tertanya-tanya di manakah cik zira sekarang kan??
alhamdulillah, bersyukur tak terhingga kepada Allah kerana berkat doa dan berkat doa semua yang menyayangi cik zira, cik zira telah selamat berada di tempat baru
sekarang ini berada dalam bilik sendiri
okeh, sebelum tuh, cik zira cerita jadual semalam ye, 11.10.2010:
- malamnya itu, tido kul 11 kerana sangat mengantuk kerana 10.10.10, jumaat hari yang sibuk bersama tersayang, kemas-kemas lagi sket dan terus tido
- bangun pukul 5 pagi, mandi, siap-siap, solat subuh dan siapkan semuanya masuk dalam kereta, seb bek muat sebab cik zira memang bawa barang yang betul-betul penting. berjaya!! yes!! tidak pernah tau cik zira ke tempat baru dengan barang yang sedikit sebegini rupa, sekarang sudah pandai, bangga pada diri sendiri,,, hehehehehe
- bergerak keluar dari umah dalam pukul 6.05 pagi selepas menyalam dan menyium bik ani dan atok tersayang, peh, sangat syahdu tak tahu kenapa sket lagi air mata nak keluar tapi berjaya disekat
- amek khalis di hotel dan terus memulakan perjalanan ke yong peng
- sampai di yong peng dan sekolah yang diarahkan berkumpul iaitu SK Taman Sri Kota yang sangat cantik dan tersergam indah. sampai awal, kul 7.20, terus gi sarapan dulu
- dalam kul 8.10 macam tuh balik ke sekolah tuh semula tunggu kat situ. jumpa kawan-kawan cohort balik, happy tak terkata
- taklimat bermula kul 9.10 pagi. bosan sangat. dengan PPDR dan ketua unit bahagian sekolah rendah. taklimat selama 2 jam lebih dengan perasaan berdebar-debar tak tahu dapat sekolah mana. PPDR sume plak cerita menakut-nakutkan kitorang
- jam 11 lebih, semua dibagi surat penempatan sekolah, nama cik zira dipanggil, tangan sampai pucat2 sume.
- SK TAMAN CENDANA, pasir gudang menjadi sekolah pertama cik zira memulakan kerja sebagai seorang PENDIDIK
- dah setel dengan PPDR pasir gudang, terus mulakan perjalanan semula ke pasir gudang, dah kena patah balik, bersyukur sangat, abah, aunt zie, ina dan khalis sedia menemani cik zira sampai ke akhirnya, syukur sangat sebab tahu dorang semua sayang cik zira dan sangat mengambil berat. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA
- sampai di PPD pasir gudang dalam pukul 1.30, jumpa GPK 1, cikgu yusry, bergerak ke sekolah baru
- sampai sekolah, bincang dengan GB, cik zira mendapat sesi petang
- penyelia petang tolong dapatkan rumah, dapat dengan kakak 2 orang, rumah kedai. (yang ini nanti cik zira ceritakan ye!), tapi syukur sangat sebab rumah ni dekat jek ngan sekolah, jalan kaki sahaja
- lepas angkat barang masuk rumah, salam-salam dengan abah, auntie zie dan buah hati (ina gi makan, tak sempat salam), terus balik sekolah mula berkhidmat
- kerja kat sekolah hari ini isi borang sendiri dan banyak rupanya nak kena lengkapkan
- 6.30 balik sekolah
- 7 lebih lepas maghrib pergi makan malam dengan housemates, kak aida dan kak cah
- pergi tesco plentong yang rasa nak balik uma atok terus, beli barang-barang yang tak cukup
- balik kemas bilik sume setelkan pape yang patut dan sekarang pukul 1 pagi dah duk depan laptop update blog MERAH kesayangan...
hari yang sangat panjang dan memenatkan dan alhamdulillah abah sudah selamat sampai di Klang kul 8 malam cenggitu, aunt zie dan ina sudah selamat sampai di sg. pulai jam 10 lebih dan khalis selamat sampai penang jam 12.30 tadi. alhamdulillah, cik zira sangat hargai jasa sumenya sebab bersusah payah hantar cik zira dan pastikan cik zira selamat di tempat baru. syukur sangat-sangat
mata sangat-sangat mengantuk tapi terlalu banyak cerita nak dikongsikan
pelan-pelan cik zira ceritakan k
esok kul 12 tengah hari kena pergi sekolah. mungkin esok akan masuk kelas, tak sabarnya nak jumpa anak-anak murid dan berkenalan dengan dorang.
cik zira cuba, cuba menjadi seperti apa yang cik zira impikan. bukan seorang guru, tetapi pendidik, insya Allah,, tugas yang sangat berat dan perlu dijalankan dengan penuh keikhlasan dan tanggung jawab. insya Allah..
busy sampai terlupa nak tangkap gamba cikgu di hari pertama, hari melapor diri ini
cik zira pakai baju kurung cotton pakai masa raya kedua dengan shawl cotton MERAH dan anak tudung syria. kasut baru, beg baru, ha yang ni pun nak kena citekan jugak ye,, ngee
uisyh, ngantuk sangatlah plak
aduh aduh,,
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 12 oktober 2010 1.18 a.m.
No comments:
Post a Comment