hohoho
itu sahaja yang cik zira boleh gambarkan tentang semalam
sudah mengambil alih kak jalilah sebab dia dah selamat melahirkan baby boy, dan malam itu cik zira mimpikan dia dah bersalin upenye betul dan cik zira pun dah gantikan tempat dia semalam
takde masalah besar pun cuma nak amek register agak payah pada mulanya sebab budak dajah 1 dia beterabur sket disebabkan Program LINUS. jadi, kena cari semula nama satu-satu sebab kak jalilah lupa nak tinggalkan senarai nama budak ikut kelas
cik zira dah sediakan senarai nama sendiri dan simpan untuk memudahkan amek kehadiran untuk hari-hari seterusnya
dan cabarannya ialah, cik zira kena mengajar bahasa melayu tetapi kepada budak-budak kelas hujung-hujung yang mereka memang mengalami masalah kritikal dengan menulis dan membaca
tapi takpe, pelan-pelan cik zira aja mereka tiada masalah semalam, semuanya faham dan mendengar kata
alhamdulillah
semalam sudah mendapat surat-surat penting daripada KPM iaitu surat akuan penerimaan, surat lantikan, surat sumpah, jadi hari ini sekejap lagi kena setelkan surat sumpah, akan ke Larkin Perdana untuk ke pejabat pesuruhjaya sumpah nak cop dan sahkan surat sumpah tu
dah siap nak photostat sebab banyak salinan nak kena bagi kepada pejabat
kalau dah selesai semua, selesailah urusan dengan pejabat tentang segala maklumat pasal cik zira dan insya Allah, kalau proses cepat, bulan januari tahun depan bolehlah merasa dapat gaji pertama, insya Allah
dah siap buat senarai kalau dapat gaji nanti, nak buat apa, yang penting ada untuk simpanan, bayar segala apa yang patut dan untuk belanja keluarga tersayang..
insya Allah,,, =)
rasanya ini jelah untuk diceritakan pagi jumaat yang indah ni
harap hari ni akan baik sahaja sebab semalam cik zira sangatlah dalam keadaan yang tidak baik, moga hari ni semuanya baik, AMIN
oh, nak bagi tahu juga, esok cik zira ada english workshop dekat bandar, pagi sampai tengah hari
esok cuti setengah hari jelah, ahad baru dapat cuti sehari,, hehe
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 22 oktober 2010 8.37 a.m.
No comments:
Post a Comment