semalam, sabtu bertarikh 16 oktober 2010 merupakan satu hari yang PENAT buat cik zira
muka cik zira semalam + jerawat pemanis,, ;)
kenapa penat tuh?
apa yang membuatkan cik zira penat sangat??
jawapannya ialah kerana :
- pergi 3 kenduri dalam 1 hari
- makan nasi minyak + ayam + daging sebanyak 3 kali tanpa rasa bersalah
- semuanya jauh dari umah
baiklah, cik zira akan bercerita lebih lanjut supaya dapat faham dengan teliti
(cewah cewah)
semalam, pergi ke kenduri kahwin yang pertama di Dewan Tun Aminah, keluar umah dalam kul 12.10 tengah hari bersama bik ani, berdua jek tau,, hehe
sampai dalam kul 12 lebih sket cam tu, terus makan, makanan dia tak bape nak sedap lah, tapi makan jugak sebab lapa,,hee, gerak balik dari situ kul 1.05 cam tuh
sampai umah, solat zohor dan bersiap sebab BFF kata nak amek kul 2, cik zira kul 1.40 cam tuh dah siap
tunggu dan tunggu, BFF sampai kul 3.10 petang, jalan jam katanya sebab BFF gi kenduri di Kota Tinggi sebelum itu. BFF dan tunangnya sampai amek cik zira, kitorang terus ke Dewan Jubli Intan, majlis persandingan sahabat SIGS kami, iaitu Fadzilah Buni. sampai-sampai jek, member lain sume dah bersiap nak balik. aduhai, sedih sebab terlambat tapi takpe sebab masih boleh bergambar ngan dorang walaupun tidak bersama pengantin tapi sayang sebab masa bergambar bersama ni, cik zira tak nampak sebab duk belakang orang,, aduhai sayang seribu kali sayang,,, huhu
kemudian, masuk makan lagi, kali ni lapa jugak sebab tunggu lama, masuk terus makan, amek nasi banyak, makan dengan selera, sian BFF kena tunggu cik zira makan lama,,
lepas makan nek pentas, jumpa pengantin, salam dan bergambar, Fadzilah sangat cantik!
dah siap semua, balik umah, dalam kul 4.30 sampai umah, terus solat asar
thanx ye BFF dan tunangnya sebab sudi tumpangkan cik zira, terima kasih daun keladi,,, =)
dalam kul 5 petang, keluar umah pergi uamh buyut nak amek tokcik dan buyut
kenduri ketiga dan terakhir di Taman Rinting, jalan nak ke sekolah cik zira, kenduri sedara nak pergi Haji awal bulan seblas nanti, sampai jek sume dah kemas-kemas
kagum tengok umah dia besar dan sangat cantik sebab tuan umah pun kontraktor, memanglah patut umah cantik sebegitu rupa, tapi seyes memang sangat cantik dan cik zira sangat teruja di setiap sudut dalam umah tuh, tapi tak amek gamba plak, kalau tak boleh tunjukkan
kat umah ni pun makan lagi, nasi minyak dan ayam masak merah, bubur sum sum
dalam kul 6 lebih bertolak pulang, amek bik moi di rumah dia kat Larkin Indah dan balik
balik kepenatan, mandi, solat maghrib-ngaji-solat isyak
lepas tuh, basuh baju, lipat baju, rehat, tengok tv
semalam pukul 10.15 macam tuh dah tido, punyalah mengantuk
dan memang sejak dah keje ni, mata cepat sangat mengantuk, lepas isyak tuh jek dah memang mengantuk, sebab tuh tido awal, tapi lepas subuh dah tak boleh tido dahlah sebab dah cukup tido dah
oleh sebab makan set nasi minyak 3 kali, malam balik umah tuh terus tak makan pape dah sebab dah kekenyangan nasi minyak yang banyak dalam perut, sebab kenyang sangat lah jugak mengantuk cepat,, ngee
cerita detail pasal semalam, nanti-nanti cik zira bercerita k
yay, esok sekolah!!!
aduhai, esok dah kena keje semula di hari isnin, takpe, tak sabar nak masuk kelas jumpa budak-budak,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 17 oktober 2010 10.01 a.m.
No comments:
Post a Comment