salam pagi isnin semuanya
selamat memulakan minggu baru anda dengan keyakinan dan semangat ye
entry malam tadi dah kasi tahu kan cik zira jadi driver hantar makanan bik ani masak orang tempah?
ha, entry pagi ni cik zira nak tepek gamba makanan tersebut dan bercerita sedikit
tempahan Nasi Jagung untuk 150 orang makan
sekepala bik ani kira RM 7, yelah barang skang dah naik, ayam naik, beras naik, pendek kata sume dah naik, itu kira harga terbaik bik ani bagi dan siap lebih lagi untuk orang makan
untuk set nasi jagung :
- nasi jagung
- ayam masak sambal
- lauk daging
- dalca
- acar timun nenas
nasi jagung
lauk dalca
lauk daging
acar timun nenas
ayam masak sambal
lepas tuh, agak-agak nak pinjam tray ke ape ke, disediakan sekali, ha, siap wat penghantaran ke rumah tau walaupun sebenarnya bukan khidmat katering pun,,
jangan risau, makanan yang dimasak bik ani memang gerenti sedap
sape yang dah kenal bik ani ni, memang tahulah rasa masakan bik ani, dan bik ani jugak sering menerima tempahan makanan untuk kenduri, open house, majlis pape ke, katakan sahaja,,
eceh, nak promote sekali lah ni, agak-agak ada sapa-sapa duk JB ni nak cari katering kan, boleh try bik ani cik zira, tapi area jb yang dekat-dekat sini jelah ye
harga memang berpatutan dan gerenti SEDAP!!
majlis bermula kul 12 tengah hari, cik zira sampai umah dia dalam kul 11 macam tuh
bik ani siap masak jek terus masukkan barang sume dalam keta, cik zira hantar sorang-sorang jek
nasib baik masak untuk 150 orang sahaja, kalau lebih memang tak muatlah keta proton iswara bik moi tuh, kan kecik jek keta tuh
ini tray yang dipinjamkan
antara makanan yang dihantar
hantar tuh ada 2 termos isi nasi, 3 periuk dan ada lah mangkuk kecik-kecik plus tray 3 kotak dipinjamkan sekali, pagi ni kena pergi amek barang-barang tuh dan amek duit sekali
dah siap hantar terus balik tp sempat men dengan baby comel sekejap,,hee
sampai umah jek terus makan nasi jagung enak itu dengan acar, dalca dan semestinya kepak ayam sambal tuh, peh, sedap-sedap padahal buat-buat lupa tak beberapa jam sebelum tuh dah makan nasi goreng dengan cendawan goreng
kalau dah namanya duk uma atok ni, kejenya tak len tak bukan memang makan makan makan dan makan
sekali 4-5 kali makan, melampau tak,, ;)
eh, lupa nak bagi tahu kan, hari sabtu tuh cik zira ngan chenta hati 1 ke taman perling umah abang ai dengan kak june sebab dorang wat open house, tapi gambar tak banyaklah, tak bergambar, sibuk makan
nah, kan da kata, kejenya makan sahaja
hazirah hazirah, bawa-bawalah insafkan diri sebentar, sebentar sahaja,,, ngee
okeh semua, selamat menjalani hari isnin anda ini dengan penuh kesabaran ye
ingat, pape pun jadi, sabar jek, nanti sume mesti okeh, insya Allah
gambar si penghantar makanan semalam mengakhiri entry pagi ini,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 3 oktober 2010 1.15 p.m.
No comments:
Post a Comment