ini entry berkongsi rasa menjadi seorang kakak, kakak sulong. mungkin ada yang sependapat dengan cik zira dan mungkin juga ada yang ada cerita yang lain kan. tapi ini apa yang cik zira rasa dan cik zira mahu kongsikan bersama.
cik zira adalah anak pertama dan kakak sulong dari 4 beradik. 2 perempuan dan 2 lelaki. 4 beradik semuanya. sepatutnya ada adik lelaki lagi sorang tapi baby tu meninggal dalam perut mak masa baru bape bulan je. makanya, 4 beradiklah kami semuanya.
cik zira lahir pada 27 Mac 1986 dan kini 24 tahun. chenta hati 1/azri lahir pada 26 Mac 1988 dan berusia 22 tahun. chenta hati 2/mohd ashraf lahir pada 27 Julai 1989 berusia 21 tahun manakala Ina/Aina Mardia lahir pada 13 disember 1994 berusia 16 tahun.
menjadi seorang kakak kepada 3 orang adik ini membuatkan cik zira berasa bangga sebab adik-adik cik zira ni dari kecil sampailah sekarang semuanya pandai berdikari. kitorang diajar oleh mak dan abah supaya hidup berdikari dan tidak meminta-minta. dulu masa kecik-kecik, kitorang selalu cakap, kenapa orang lain mak bapak dorang bagi macam-macam, tapi kitorang abah tak belikan pape. selalu cemburu tengok kawan-kawan dapat apa yang dorang nak. tapi sekarang bila dah besar, baru kitorang faham kenapa abah tak macam abah dorang tu. abah tanak manjakan kitorang, minta apa pun dapat. dan kitorang sedar. sepanjang hidup kitorang ni, banyak yang kitorang nak, kitorang usahakan dan akan dapatkan sampai berjaya. nak beli apa pun, kumpul duit sampai dapat. bukan minta pada abah. dah besar pun, kalau nak minta duit kat abah, atas alasan untuk pelajaran je baru dapat. kalau untuk perkara bukan-bukan, kena kumpul duit sendiri. terima kasih abah sebab mendidik kitorang supaya selalu berusaha untuk dapatkan sesuatu.
aspek berdikari juga di sini apabila, sejak umur berapa tahun, kalau tak silap cik zira, masa cik zira darjah 4 atau 5 macam tuh, abah dah lepaskan cik zira naik bas sorang-sorang dari perak balik JB. chenta hati 1 dan chenta hati 2 pun. masa kecik-kecik lagi abah dah suruh dorang berdua naik bas anta balik kampung. tak silap dorang umur 9 ngan 10 tahun. kelakar pun ada. abah pesan banyak kali kat chenta hati 1 jaga chenta hati 2 baik-baik. kiranya kitorang ni, dari kecik dah naik bas sendiri balik kampung. sebab tuh dah besar-besar dah berani dah kemana pun sendiri.
cik zira dan chenta-chenta hati memang sangat rapat. Ina plak beza jauh dengan kitorang. jadi, ina kecik lagilah masa kitorang dah besar sikit. sebab tuh kemana pergi pun bertiga je. dulu masa kecik-kecik macam biasalah, nakal kan. main apa pun asek keje nak gaduh jek. dan cik zira ni dulu kakak yang jahat tau kalau nak tahu. adik-adik buat silap sikit jek asek keje nak membantai memukul jek. memang kalau ingat zaman kecik dulu rasa diri ni jahat sangatlah. dah macam kes dera adik-adik plak. sedih pun ada kalau ingat balik. kesian dorang dapat kakak macam cik zira ni yang kejenye asek nak memukul. huhu
sebagai kakak yang sulong, jika ada apa-apa perkara yang berlaku dalam keluarga yang adik-adik tak faham, cik zira bertanggungjawab menerangkan supaya dorang faham. macam kes keluarga cik zira, macam-macam dah berlaku. dan masa kejadian-kejadian itu berlaku, kitorang masih mentah dan syukur cik zira dapat berdepan dengan semuanya. sebagai kakak, cik zira selalu bagi tahu adik-adik apa sebab perkara tu berlaku. apa yang kita perlu buat. cik zira nak dorang faham.
macam masa arwah mak tenat masuk hospital dan masa tuh kitorang takde sape-sape kat kuantan tu. cik zira sebagai kakak, bercakap dengan chenta-chenta hati bagi dorang faham.
"doktor kata, kalau doktor bedah mak pun, mak takkan jadi macam biasa. jadi, kita kena redha tau. kalau Allah nak amek mak, kita kena sedia lepaskan mak."
cik zira ingat lagi, masa tuh dekat tangga dekat hospital. cik zira baru lepas telefon semua keluarga dekat JB. kitorang nangis sama-sama. masa tu umur cik zira 16 tahun, chenta hati 1, 14 dan chenta hati 2, 13 tahun.
sebagai kakak, kalau ada masalah pape, cik zira selalu akan berbincang dengan adik-adik dan cuba sama-sama selesaikan masalah tu. dan cik zira sangat bangga dengan adik-adik cik zira sebab kitorang dapat sama-sama mengharungi segala ujian yang diberikan-Nya dulu. syukur.
apa yang cik zira suka menjadi seorang KAKAK?
- dah besar-besar ni, kitorang makin rapat sebab dah lalui macam-macam bersama. cik zira memang sangat rapat dengan chenta-chenta hati sebab dorang faham kakak dorang ni macam mana.
- kalau ada pape masalah ke, nakkan pendapat ke, chenta-chenta hatilah orang pertama yang cik zira akan tanya. walaupun pendapat dorang memang sorang lain, sorang lagi lain, berbeza, tapi cik zira akan pertimbangkan jugak sebab pendapat dorang memang selalu membantu.
- kalau tengah sedih ke, nak mengadu pape ke, kitorang akan saling memerlukan. maksudnya kat sini, kalau cik zira ada masalah, doranglah tempat cik zira mengadu. kalau dorang pun, dorang akan mengadu ngan cik zira dan minta pendapat cik zira. cik zira akan cuba tolong dorang mana yang cik zira mampu.
- selalu kalau dalam membuat keputusan, dorang akan dengar keputusan cik zira sebab cik zira KAKAK. tapi itu pun setelah dibawa berbincang.
- tugas kakak selalu mengingatkan tarikh-tarikh penting dalam keluarga kalau-kalau adik-adik tak ingat
- dulu-dulu kalau ada pape nak cakap dengan abah, cik zira akan wakilkan adik-adik dan luahkan semuanya dekat abah.
dan banyak lagi perkara yang cik zira suka menjadi seorang KAKAK. selalu dijadikan tempat rujukan utama oleh chenta-chenta hati. dan paling cik zira suka bila chenta-chenta hati ni cakap, " jira buatlah pape yang jira rasa betul, kitorang akan selalu sokong jira."
tapi, jangan ingat jadi kakak, kita akan selalunya betul. bila adik-adik bagi pendapat, nasihat atau teguran, kenalah terima dan perbetulkan mana yang patut.
dari dulu sampailah sekarang, chenta-chenta hati selalu berada di belakang cik zira dan selalu menyokong cik zira sebab dorang faham apa yang cik zira lalui dan bagaimana cik zira selalu bersama dengan dorang susah dan senang.
cik zira sangat bangga dengan adik-adik cik zira. masing-masing ada kelebihan masing-masing dan dorang membesar sebagai orang yang baik dan menghormati orang tua. bila merenung kembali, cik zira selalu bagi tahu diri sendiri, cik zira ada 3 orang adik dan ketiga-tiga adik cik zira ni adalah harta cik zira yang paling berharga. dorang betul-betul buat cik zira bangga dan setiap kali dapat bersama, berborak dan meluangkan masa bersama, saat itu adalah saat yang menggembirakan cik zira setiap kali.
macam mana cik zira bangga dengan adik-adik cik zira ni, macam itulah juga cik zira rasa abah dan arwah mak tersenyum melihat kitorang. walaupun cik zira dan adik-adik memang banyak kekurangan dan kelemahan, banyak kesalahan yang kitorang dah buat dulu-dulu, insya Allah, di masa hadapan, kitorang akan buat abah dan mak lebih bangga dengan kitorang.
dan sebagai KAKAK, cik zira harap sangat-sangat hubungan mesra cik zira dan adik-adik ni akan kekal selamanya. walaupun masing-masing dah berkeluarga nanti, nak jugak masa raya amek gamba bersama macam sekarang. bak kata pepatah kan, air dicincang mana boleh putus. walau sejauh mana pun adik beradik, ikatan bersaudara tu akan selamanya dan sampai bila-bila.
terima kasih tak terhingga kepada abah dan mak kerana membesarkan rah dan adik-adik, mendidik kami sehingga sekarang dan merestui dan mendoakan yang terbaik untuk kami. terima kasih abah. terima kasih mak. walaupun kami sudah tidak lagi merasa kasih sayang mak, tapi kami tahu, dari jauh mak selalu mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mak.
kepada adik-adikku, rah bangga dapat adik-adik macam korang. selalu bersama rah saat susah dan senang. sama-samalah kita menjadi orang yang berguna yang dapat buat abah dan mak bangga dan menghargai insan-insan yang telah banyak berjasa buat kita.
rah akan selalu berdoa supaya kita semua menjadi anak yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat.
AMIN YA RABBAL A'LAMIN.
p/s keluarga adalah aset penting buat cik zira kerana dari lahir sehingga sekarang, cik zira membesar dengan keluarga yang telah banyak berkorban untuk cik zira. adik-adik adalah harta dan doa yang berterusan buat mereka supaya sentiasa diberikan yang terbaik oleh-Nya. AMIN.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 18 disember 2010 4.48 p.m.
2 comments:
sibling is the best bff ever & forever
(:
yep anisa, i'm agreed with u,, =)
Post a Comment