SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, December 30, 2010

penat mengemas tetapi gembira selepas itu





salam dan hai semuanya
hari ini hari khamis dah, tinggal besok sahaja hari terakhir dalam tahun 2010, kemudian kita sama-sama menuju ke tahun 2011, sedih je rasa bila 2010 dah nak berakhir
takpe, hidup perlu diteruskan kerana 2011 pasti lebih baik lagi dan perlu banyak berusaha






sebut pasal berusaha ni, semalam cik zira dah mula mengemas Bilik SAC cik zira tuh, dapat kunci, terus masuk dan mulakan proses mengemas
mula pukul 8 lebih dan kul 12 lebih dah berhenti. banyak jugaklah yang cik zira dapat kemas. hari ini kena kemas lagi sikit di bahagian belakang. lepas dah siap kemas, dah bersih-bersih barulah boleh kemas buku plak, bahagi ikut kategori dah siap baru boleh susun dalam rak buku. banyak sebenarnya nak kena buat. cik zira akan buat pelan-pelan dan akan ceriakan bilik SAC itu supaya bila orang masuk, orang akan rasa selesa dan banyak perkara boleh dibuat dalam bilik SAC tu sebab sangat banyak bahan bacaan dan bahan rujukan.


 wajah semalam


bilik SAC
hari ini kena kemas yang ini pulak,,



bergambar dahulu sebelum mengemas,,




cik zira kemas sorang-sorang jek. habis hitam tangan sebab kotor penuh habuk. 2 jari luka tercedera ringan. maklumlah, asyik sangat berkemas. siap alihkan almari 2 biji sorang-sorang tau. gigih dan gagahkan jugak diri sebab nak bagi susun atur nampak kemas dan memudahkan laluan.






tak sabar nak setelkan bilik SAC ni. dah siap semua barulah boleh hias dan cantikkan. boleh buat jadual keluar masuk bilik SAC tu. cik zira berkuasa penuh ke atas bilik SAC itu dan cik zira cuba pastikan bilik SAC akan ceria cantik bersih dan kemas sepanjang cik zira menjaga bilik tersebut. insya Allah.


 almari yang cik zira angkat sorang-sorang, boleh tahanlah beratnya,, huhu

 meja di tepi tuh dah tukar lain dah, 
buku-buku yang banyak tumpang atas meja hijau tu dulu

 kusyen-kusyen dah disusun

 almari di tingkap tuh cik zira dah alihkan ganti letak meja. 
nampaklah lapang sikit.

 almari yang awalnya penuh bersepah dengan barang-barang, 
berjaya cik zira kosongkan,,

 kemas almari,, 

yang ini kemas tak sampai 15 minit. keluarkan dan susun balik cantik-cantik.




semalam mengemas, hari ini sambung lagi mengemas. suka betul bila dapat kemas sorang-sorang. lagi senang kerja sebab tahu mana nak mula dulu. buat kerja sorang-sorang ni tenang dan bila tengok hasilnya, rasa gembira dan bangga dengan diri sendiri sebab dapat buat sendiri.






cik zira telah diberi tanggungjawab. 
cik zira akan cuba sebaik mungkin menjaga bilik SAC ini dengan baik.






penat mengemas, berhenti sebab masa balik. balik tuh singgah kg melayu. pergi isi minyak kereta dan pos tudung kat pejabat pos. singgah beli ABC sedap tuh dengan Ais Jagung. teringin nak makan ais jagung. dah beli, terus balik. balik-balik memang sangat lapar, terus duduk kat meja makan, makan nasi + ayam sambal + sayur masak lemak. peh sedap sungguh. dahlah tengah lapar sangat kan. dah habis makan nasi, sambung makan ais jagung plak. konon-konon macam habuan lah setelah berpenat mengemas seorang diri. hehe








mula tahun baru ni nanti, kalau sebut bilik SAC je mesti semua orang cari cik zira. hehe








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 29 disember 2010 5.45 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails