SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, February 16, 2011

semalam dah dapat siapkan soalan ujian. yezzzaaa!!





salam sayang kepada semua pembaca blog MERAH cik zira yang disayangi,






semalam bercuti sehari korang buat apa? cik zira tidak ke mana, cuma duduk rumah. pagi update blog, lepas siap update blog, terus buat kerja dengan tekun. buat soalan Ujian Mac untuk Tahun 3, bahasa inggeris. ada Paper 1 dengan Paper 2. dari pukul 9.15 macam tuh sampailah pukul 12 lebih, cik zira dah berjaya siapkan 40 soalan kertas 1 dengan kemasnya. yelah, dulu masa belajar kan memang belajar macam mana nak buat soalan periksa. jadi, gunakanlah apa yang telah dipelajari. mana boleh pakai buat jek kan.


penuh dengan buku dan kertas nak buat soalan punya pasal,, ;)




happy bila tengok hasil kerja sendiri. harap-harap ok lah. cik zira buat semua 40 soalan objektif tapi ikut formatlah, pelbagai jenis soalan. cuma senang nantilah cikgu-cikgu nak tanda sebab semuanya objektif.






siap je keje, BFF sampai. makan tengah hari dengan BFF sebab cik zira dari pagi tak makan apa buat kerja. lepas makan siap-siap sebab budak tusyen pukul 2 ganti hari sabtu ni sebab sabtu ni kan kena sekolah seperti biasa. jadi, ganti semalam.






habis tusyen kul 6.30, cik zira pergi amek bik moi dekat Larkin. sampai rumah nak dekat kul 7 tu, cik zira sambung pulak buat soalan untuk Paper 2. soalan subjektif 40 markah juga. tengok format tahun lepas, ikut macam tu tapi cik zira buat soalan sendiri ikut apa yang cik zira dah aja dalam kelas. harap-harap budak-budak dapat buatlah nanti. dapat siapkan kertas 2 sampai pukul 9.15 macam tu.






lega rasa dah dapat siapkan soalan. dapat kejenye semalam tuh, hari esoknya dapat siapkan. dah boleh sambung buat kerja lain plak.






hari ni kena naikkan notis mesyuarat untuk Panitia Bahasa Inggeris esok. meeting pukul 12. jadi esok kena keluar rumah awal sebab pukul 12 dah meetingnya. tapi selalu pun memang cik zira sampai sekolah awal. notis hari rabu lepas lagi dah siapkan tapi hari ni baru nak naik. harap-harap cikgu bahasa inggeris perasanlah notis tuh dan cik zira guna kertas warna Kuning supaya cikgu-cikgu perasan bila baca notice board nanti.






hari ni pergi sekolah seperti biasa. masih membawa kereta viva tok cik aza sebab kereta paling kejap pun seminggu akan masuk bengkel. tak tahu bila siap. tunggu jela.






itu sahaja kisah semalam. tak payah cerita pasal makan sebab memang tahu cik zira akan makan banyak. pulak tuh cuti kan, memang lah makan jek kejenya,, hehe






baiklah, sampai sini jek entry untuk pagi ini. bye semua,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 16 februari 2011 8.37 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails