petang ini cik zira nak bercerita pasal Coolblog.
Apa itu coolblog ea?
pada sesiapa yang belum tahu, coolblog ni menjual pelbagai jenis minuman. ada ice blended, ada milk shake, ada yogurt drink, ada smoothies drink dan pendek kata, macam-macamlah ada. pilih sahaja.
memang dah banyak gerai jual minuman macam ni kan dah salah satunya Coolblog ni lah. dia pun dah ada banyak cawangan serata Malaysia. kalau korang haus dan ternampak Coolblog ni, cik zira suggest pergilah cuba dan minum. pilih jek nak air apa. lepas tu bayar dan boleh minum. SEDAP TAU!
coolblog ni ada baru buka dekat Giant Taman Suria ni, dekat je dengan umah atok. selalu lalu tak teringin pun nak beli, tapi ada sekali tuh, tengok gamba Cendol tuh, punyalah nak minum sangat. pergilah beli. bik ani order bandung, cik zira order cendol. balik rumah minum.
perisa cendol yang sedap,, =)
memang sedaplah. walaupun cendol dia takde cendol warna hijau tu, tapi tetap rasa cendol dan memang sedap. yang bandung cik zira tak rasa pulak. boleh letak pearl, tanak letak pun takpe. harga minuman di coolblog ni semuanya harga berpatutan.
nak tahu lebih lanjut, korang pergi je dekat web coolblog atau KLIK SINI. cik zira dah register membership dah. nanti kalau ada kad dia senanglah. masa birthday boleh dapat minuman free. sempat tak ea birthday cik zira 27 Mac ni. boleh minta air free,, hehe
tapi kad kena amek kat terminal larkin. baru register semalam. nanti kalau pergi larkin, tinggal amek kad jela.
lepas ni, kalau nak beli air apa-apa ke, pergi je giant tu, beli jek dekat coolblog. sedap memang sedap!
itu sahaja sembang petang ini pasal COOLBLOG,,, =)
p/s pictures credit to coolblog.com
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 20 mac 2011 1.35 p.m.
2 comments:
dah pernah cube ;)
samalah kita,, =)
Post a Comment