pagi ahad ni memandangkan hari terakhir dalam cuti Mac ni, cik zira nak berceritalah apa yang cik zira buat sepanjang cuti ini.
SABTU, 12 Mac - cik zira pergi sekolah awal pagi untuk program kem motivasi Tahun 6. petang tusyen. malam tusyen.
AHAD, 13 Mac - pagi siapkan kerja sekolah. petang hantar bik ani gi klinik, buang bisul dia. malam sambung wat kerja sekolah.
ISNIN, 14 Mac - pagi hantar bik ani gi klinik, cuci luka bisul dia. lepas gi klinik gi KWSP, bik ani nak amek borang. lepas tu gi beli roti dengan kek pisang kat jalan dhoby kat bandar tu. dalam pukul 3 petang, dengan keadaan hujan lebat, cik zira memandu seorang menuju ke shah alam, rumah bik sah di putra heights. sampai dalam pukul 6 macam tu. buah hati sampai naik bas pukul 10 lebih. cik zira tido di rumah bik sah, buah hati tido di rumah sepupunya di selayang.
SELASA, 15 Mac - pergi times square, dapat satu barang. buah hati sempat shopping tshirt dengan topi dia. lepas tu pergi Lot 10, dapat lagi 2 barang. pukul 4 lebih dah gerak nak balik Penang. kiranya kat KL saja nak tengok je, sebab memang niat asal nak beli semua barang di Penang. tapi dapatlah 3 barang di KL. singgah R&R sungai buloh sebab hujan lebat. solat dan makan. gerak dari situ dalam kul 6 lebih. pukul 9 lebih malam sampai Penang.
RABU, 16 Mac - pagi duduk di rumah kak emy, borak-borak dan layan budak-budak. sarapan makan nasi lemak kak emy masak. sedap. keluar rumah dalam pukul 2 lebih, singgah kafe recsam jumpa mami sebab buah hati nak amek cek. terus ke gurney plaza, survey. hari rabu ni banyak survey je, dapat hanya satu barang lagi untuk buah hati. malam makan di recsam. pukul 9 lebih balik rumah kak emy, lepak dengan dorang sume, borak-borak dan tido.
beli barang untuk buah hati di parkson 1st Avenue
KHAMIS, 17 Mac - pagi macam biasa duduk lepak borak di rumah. sarapan nasi goreng dan bihun goreng. hantar kak emy ke nissan sebab kereta dia nak kena betulkan air cond. lepas tuh dalam pukul 12 lebih keluar dengan buah hati. misi untuk mencari kesemua barang sebab malam dah nak balik JB. alhamdulillah, dapat setelkan semuanya dalam 1 hari terakhir bersama tu. makan lewat petang dekat McD. bas pukul 10.30. barang-barang yang beli semuanya simpan dekat rumah buah hati. puas hati dengan barang yang dibeli semuanya. alhamdulillah.
JUMAAT, 18 Mac - birthday abah. selamat sampai JB pukul 7 lebih pagi. tak buat apa sangat. berehat. kemas barang. men intenet. hantar bik ani gi klinik cuci lagi. hantar bik moi di bus stand larkin. pergi pejabat pos. petang keluar tanya katering dengan bik ani. malam tusyen.
SABTU, 19 Mac - birthday mak. pagi buat kerja mana yang patut. cari notes untuk interview. petang tusyen. malam tusyen. tak banyak buat apa sangat.
AHAD, 20 Mac - hari terakhir cuti. hari ini. pagi tusyen. petang siapkan apa-apa yang patut untuk sekolah besok. CUTI DAH HABIS. huhu
itulah sahaja aktiviti cik zira sempena cuti sekolah 9 hari tu. syukur dapat setelkan 1 perkara penting dan dapat jumpa buah hati untuk beberapa hari.
barang-barang yang dibeli,, =)
esok dah kerja balik. chaiyok cik zira!!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 18 mac 2011 7.20 p.m.
No comments:
Post a Comment