SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ..:: bersama ::... Show all posts
Showing posts with label ..:: bersama ::... Show all posts

Saturday, April 7, 2012

saat paling berharga.




bagi pasangan yang berjauhan seperti cik zira dan suamiku, apabila sudah lama tidak berjumpa dan apabila dapat berjumpa walaupun sehari mahupun dua hari, masa yang ada tu akan jadi saat yang paling berharga untuk bersama-sama.






kali terakhir cik zira berjumpa suamiku di Penang ialah 3 minggu yang sudah, masa cuti sekolah bulan 3 yang lepas. dan setelah 3 minggu tidak berjumpa, minggu ni suamiku balik JB untuk berjumpa dengan isterinya ini.






tapi hanya untuk 2 malam sahaja. isnin pagi suamiku dah pulang semula ke Penang. bekerja sendiri ni lagi susah sebenarnya nak cuti. kena terima sahajalah. 






bersyukur sebab dapat bertemu walaupun sekejap. nak luangkan masa yang ada sehabis baik bersama.


kami, 3 minggu yang lepas




doakan permohonan pindah cik zira diterima dan dapat tinggal bersama suamiku di Penang nanti. Amin.






~ sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 6 april 2012 8.25 p.m.

Friday, March 30, 2012

kenangan indah sentiasa bersemi...




ini sedikit coretan perjalanan kisah cik zira dan suamiku...






kami bertemu keluar bersama buat kali pertamanya pada 25 Februari 2010. pergi Queensbay makan McD dan tengok wayang kemudian terus balik. dating pertama yang hanya beberapa jam sahaja. indah kalau dikenangkan semula. kali pertama berjumpa yang rasanya tiada kekoknya antara kami berdua. berborak macam dah lama kenal. padahal sebelum tu selalu je nampak dekat kafe mami, tapi dua-dua buat tak tahu je. akhirnya bertemu.






berkawan, berkawan dan berkawan rapat. cik zira selesa sangat berkawan dengan buah hatiku masa tu. walaupun sudah berazam jika tidak berkahwin itu baik untuk cik zira, cik zira pilih yang itu. namun, dengan berkat kesabaran buah hatiku, tidak pernah memaksa dan faham cik zira, sedikit demi sedikit hati cik zira rasa sayang. tiba-tiba terbayang yang cik zira tak boleh hidup tanpa buah hatiku.






oleh kerana satu kejadian yang cik zira rasakan tidak patut cik zira lakukan, suatu malam di bulan Ogos tiak silap, cik zira terus bertekad nak bertunang. hehe, buah hatiku memang pendam je sebab dia kata dia akan tunggu dan akan sentiasa jadi teman cik zira, tapi bila cik zira cakap, dia happy sesangat sebab akhirnya Allah makbulkan doa dia supaya hati cik zira terbuka untuk terima dia. ye, saat itu cik zira dapat rasakan yang hati cik zira memang untuk buah hatiku. tidak pernah cik zira rasa sayang pada kawan lelaki cik zira sampai macam tu sekali,,, =)






setelah berbincang dengan keluarga masing-masing, maka pada tarikh 18 September 2010, rombongan dari Penang datang ke JB berbincang kedua belah pihak. dirisik dan ditunangkan secara sederhana bersama kaum keluarga terdekat memeriahkan suasana. bertunang sudah dua orang ni.






dalam tahun 2011, tak silap hanya 3 kali sahaja berjumpa. itu pun masa cuti sekolah, berjumpa dan membeli persiapan perkahwinan. sabar sebab nanti dah kahwin dah dapat lesen besar, bila-bila nak jumpa pun tiada halangan lagi.






tanggal 11 Disember 2011, satu keramat menyatukan dua hati. berjumpa di Penang, disatukan di JB. dinikahkan pada pagi ahad. majlis diadakan sejurus selepas majlis pernikahan. alhamdulillah lega. macam tidak percaya dah jadi isteri orang pun ada. syukur Ya Allah.






18 Disember 2011, majlis di sebelah Penang pula. lega semuanya berjalan lancar. terima kasih tidak terhingga kepada semua.






ikatan yang sah dan direstui keluarga. semoga hubungan kasih sayang ini kekal selama-lamanya sehingga ke akhir nyawa dan diberkati Allah. Amin.


tunggu kaki si kecik pulak. 
Insya Allah kalau ada rezeki, 2013,,, =)




p/s menulis entry ini sambil berdoa yang terbaik untuk perkahwinan ini. Amin.








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 29 mac 2012 9.54 p.m.

Wednesday, February 8, 2012

makan malam 4 februari.




masa hari pertama jumpa cuti 4 hari yang baru je lepas ni, cik zira ajak suamiku makan malam dekat foodcourt tesco je sebab teringin nak makan sizzling. makan, suamiku pun menurut sahaja. bukan selalu dapat berjumpa pun kan.






cik zira makan yee mee sizzling yang sedap itu.






dan suamiku makan nasi goreng pataya paprik.






itulah makan malam bersama hari sabtu yang lepas. kat JB pun kerja makan, kat Penang pun sama. dunia cik zira ni dipenuhi dengan makanan yang sedap-sedap. syukur alhamdulillah,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 8 februari 2012 9.40 a.m.

Thursday, December 29, 2011

berdua di Grand Lexis, Port Dickson.





ini kisah honeymoon pendek itu hari. bercuti sekejap di port dickson, di Grand Lexis bersama suami sebelum dia menghantar isterinya ini balik ke JB dan berpisah.






tengok dalam internet, grand lexis ni memang cantik. biliknya, bagaikan rumah yang dihias cantik seperti hotel. taraf 5 bintangnya memang menawan kalbu sesiapa pun yang menginap di situ.






cik zira amek rumah biasa je. yang atas darat. deluxe room tak silap. tapi memang ada pool lah setiap rumahnya. masuk jek memang kagumlah sebab memang cantik sangat. disebabkan 1 malam je di situ, memanglah tak keluar ke mana. duduk jek dalam bilik tu menikmati kecantikan dan kesergaman bilik yang kitorang menginap tu. buat macam rumah sendiri pulak. yelah, berangan ada rumah secantik itu,,, =)










memang cantik. memang puas hati. kalau ada anak-anak pun okeh sebab ada 2 king size beds. puaslah duduk dalam bilik macam tu. best sangat!





makan sarapan dia pun best. macam-macam ada.







dah merasalah duduk dekat Grand Lexis. seronok. Insya Allah, ada rezeki boleh duduk situ lagi.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 disember 2011 9.26 p.m.

Monday, November 14, 2011

CD dah dapat





masa cuti yang lepas cik zira dan buah hati sempat meluangkan masa sekejap bersama jurugambar rasmi majlis disember nanti. sekurang-kurangnya dapatlah kenal dulu, takdelah kekok sangat nanti,, hehe





jadi, CD gambarnya dah pun sampai. puas dah tengok gambar. buka laptop je keje nak tengok gambar. maklumlah, pertama kali bergambar bersama ada yang amekkan. seronoklah bukan main,, mengada kan. tapi seyes, nak simpan elok-elok buat kenangan. macam nak hantar buat photobook, tapi tengoklah kalau ada bajet lebih,,, =)






nanti gambarnya cik zira kongsi sikit-sikit ye bila nak dekat-dekat nanti. salah satu ada pada header dekat atas tu dan dekat sidebar belah kanan ye. sikit jelah, tak boleh semua, nanti ada yang tak suka pulak kan. 






p/s tunggu minggu ni dengan minggu depan habis sekolah baru boleh fokus dengan persiapan majlis disember.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 13 november 2011 12.55 p.m.

Tuesday, November 8, 2011

makan terakhir bersama sebagai tunangan





masa cuti yang lepas, encik buah hati hantar cik zira dekat simpang pulai, rumah abah, kitorang sempat makan bersama terakhir kalinya sebagai tunangan. sebabnya, lepas ni jumpa lagi sekali untuk majlis disember pulak.



buku menu yang sangat best, tak puas selak




jadinya, kitorang luangkan masa makan dan berborak sebelum buah hati hantar cik zira di rumah abah. kira makan malam bersamalah dulu. mula-mula nak makan kat pizza hut sebab cik zira teringin ice blended sedap pizza hut, tapi kat simpang pulai tu pizza hut nya belum buka. jadi, pilih makan di Old Town White Coffee jelah, banyak jugak boleh makan.


 mee wantan cik zira. biasa sahaja sebenarnya 
tapi sebab nak sangat, rasa pun tetiba sedap,, haha

makanan kami,,, =)




buah hati makan mee kari, cik zira makan mee wantan. entah teringin apa ntah, keje nak makan mee wantan jek. minuman cik zira amek orange ice blended dan buah hati amek mocha ice blended. makanan tambahan kitorang amek roti bakar dengan roti macam benjo tu, lupa plak namanya.






seronok pulak bila teringat sebab itulah masa bersama terakhir kalinya sebagai tunangan,,, =)






oh, makan dekat situ hari tu jumlahnya dalam RM 47++. suasana makan memang ala kopitiam. makanan dia pun sedap ala kopitiam jugak. jadi, selesa dan sedap. 







ini sahaja untuk entry petang ni k. dah balik sekolah tadi, bawa balik daging nak kasi dekat mak leha. boleh bawa kad sekali bagi mak leha. ok, nak rehat-rehat dulu ye.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 7 november 2011 10.47 a.m.

Monday, October 31, 2011

setelah 5 bulan tidak berjumpa





kali terakhir jumpa pada awal bulan Jun,






Jun, Julai, Ogos, September & Oktober






barulah dapat berjumpa semula, 






setelah 5 bulan tidak berjumpa






inilah gambar bersama, dan satu-satunya gamba bersama untuk bulan oktober





takpe, disember nanti amek gamba banyak-banyak pulak,,, ^____*






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 oktober 2011 8.04 a.m.

Thursday, October 27, 2011

Bukit Tinggi?




em,






Bukit Tinggi?






macam okeh jugak kan sebab tempatnya cantik.






nak ke sanalah nanti untuk ehem-ehem sebab cuti tak lama lepas majlis, bercuti di dalam negara jelah dulu,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 17 oktober 2011 9.40 a.m.

Tuesday, September 20, 2011

macam mana boleh terlupa cik zira?





.18 september 2010 - 18 september 2011.





genap 1 tahun.





tapi, 18 haribulan hari tuh, 2 hari yang lepas, cik zira boleh terlupa langsung dah setahun. apelah kan, teruk betul!






padahal kan, dah tulis dalam diari, dah set dekat phone, boleh jugak tak teringat langsung sedangkan beberapa hari sebelum tuh memang dah ingat.






yang lagi best, encik buah hati yang pada mulanya ingat pun, tapi disebabkan ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan, dia pun jadi sama terlupa.






orang lain cukup setahun je siap pergi makan sama-sama, siap ada hadiah bagai, tapi kitorang 2-2 boleh terlupa. aduhai






harap-harap nanti bila dah bersama, tak nak lupa macam ni lagi bila tiba ulangtahun kitorang nanti. tak nak dah!






p/s bila bagi tahu encik buah hati, dia pun gelak jek. memang patutlah duk jauh-jauh, kalau duduk dekat pun tak ingat, memang saja cari nahas,,, ;)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 19 september 2011 9.15 p.m.

Tuesday, September 13, 2011

dup dap dup dap





hari ni ialah hari selasa bersamaan dengan 13 september 2011 dan 15 syawal 1432H,






maksudnya, ada lagi 89 hari lagi atau 2 bulan 4 minggu dan 1 hari untuk majlis penting disember nanti,,,






nampak nombornya macam banyak lagi, jadi dup dap dup dap nya takde lah terasa kencang lagi, biasa-biasa sahaja sebab rasa macam lama lagi






tunggulah nak dekat nanti, barulah tahu macam mana,,, ^___*






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 12 september 2011 8.03 p.m.

Friday, August 12, 2011

4, 3, 2, 1 ...





Ogos.






September.






Oktober.







November.






.DISEMBER.







^____^






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 10 ogos 2011 10.19 p.m.

Monday, July 18, 2011

kisah kasih sayang.






ada yang masih tak tahu, cik zira nak bagi tahu..






kalau dulu, memang tak terbayang pun hidup akan bahagia macam ni sebab selalu doa dan mengelak.






namun, ini semua kerja Allah, hati dan mulut boleh je bercakap apa-apa. tapi Allah yang tentukan jodoh pertemuan ni kan.






cik zira sudah berpunya?






jawapannya ya, memang sudah berpunya. alhamdulillah. cuma, belum sah sahaja lagi ikatannya. hubungan direstu keluarga, itu yang penting.






ringkasan kisah kasih sayang cik zira dan encik buah hati:



  • berjumpa : sejak balik maktab semula untuk tahun akhir
  • first dating : Februari 2010
  • rapat : Mac februari 2010
  • serius : Mei/Jun 2010
  • buah hati bertemu abah dan aunt zie : Ramadhan 2010
  • pertunangan : September 2010





Insya Allah, doakan sama-sama ye yang terbaik untuk cik zira dan encik buah hati. 
bakal disatukan dengan Izin Allah, Disember 2011...


encikbuahhatisaya

buahhatiencikbuahhati





Amin Ya Rabbal A'lamin...







p/s cik zira tahu ada yang tak suka cik zira bercerita kisah sebegini. sebab tuh jarang-jarang sangat cik zira akan cerita pasal encik buah hati. lebih selesa dengan kisah sendiri. tapi, dah disatukan nanti, pasti sedikit sebanyak akan ada cerita tentang kami. Insya Allah.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 17 julai 2011 11.05 p.m.

Friday, July 1, 2011

1 Julai 2011





wee wit!






hari ni 1 Julai 2011,






maknanya, ada lagi 163 hari lagi 






5 bulan seminggu lebih macam tu,,






rasa macam masih jauh lagi, tapi nanti diam tak diam dah sampai dah ke hari tu,,





sama-sama doakan yang terbaik untuk cik zira ye korang,,


us,, =)




terima kasih,,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 30 jun 2011 9.23 p.m.

Friday, June 17, 2011

.cuba cari.





ehem ehem,






cik zira kan ada tambah satu gadget/HTML dalam blog MERAH ni.






tujuannya untuk mengingatkan cik zira tentang perkara penting dalam hidup cik zira tak lama lagi.






kalau korang pandai cari, cuba cari k. ada je dalam blog MERAH ni, warnanya pun MERAH-MERAH.






CUBA CARI!,,, ^____*








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 16 jun 2011 9.34 a.m.

Sunday, June 5, 2011

makanan 5 hari






kalau entry petang semalam cik zira dah bercerita lokasi cik zira selama lima hari tuh, dan untuk entry pagi ini, cik zira nak bercerita pulak pasal apa yang cik zira sudah makan selama lima hari tuh. tak semua gamba makanan cik zira amek, tapi mana yang ada cik zira tepek ye memandangkan cik zan dan rindu nak tengok gamba-gamba makanan dalam blog MERAH cik zira ni. ni khas untuk cik zan,, hehe






cik zira kasi rumusan jelah makanan apa yang cik zira makan mengikut harinya ye!






Isnin, 30 Mei 2011



sampai penang lewat. makan nasi dan lauk pauk enak masakan kak emy. punyalah banyak nasi cik zira makan sebab lapar bebenor. makan nak dekat kul 12 tengah hari cam tuh.


qisteena pun ada sama,, =)




ada nasi + sambal udang + tauge hijau + kari yang sangat best! + kubis dan sambal belacan. memang terbaik!! terima kasih kak emy. semuanya sedap. dah lama tak makan kak emy masak. merasa jugak kari penang yang memang tiada tandingan. terbaik woh!






petang tak makan. berjalan punya pasal. malam nak dekat maghrib tu pergi makan tomyam dekat dengan surau gelugor tu. buah hati kata makan situ pun sedap. memula nak makan tomyam dekat recsam je tapi tukang masaknya takde. jadi, cari tomyam lainlah. ni akak yang masak. sedap jugak!







makan berdua. nasi putih + telur dadar + daging masak merah + sayur kailan + tomyam campur + sambal belacan. sedap sedap sedap. makan sampai licin selicin-licinya. yahoo!!







Selasa, 31 Mei 2011




gerak pagi dari penang menuju ke Nilai. pagi tak makan apa, cuma beli minuman je dekat stesen minyak. makan pun dah petang dekat R&R masa dalam perjalanan balik ke JB. cik zira makan mee kari, buah hati makan nasi berlauk. masa ni tak amek gamba makanan.







malam kat rumah atok makan nasi dan ngabiskan lauk-lauk yang ada. nasi + sambal tumis power + ayam masak blackpepper + tomyam seafood + sotong masak kuning + tauhu jepun. makan dengan buah hati habiskan semua lauk. terer tak terer,, hehe






Rabu, 1 Jun 2011





sarapan kat rumah atok sebelum pergi. buah hati makan roti canai, cik zira makan bihun goreng + sambal kerang. bihun tapau, makan dalam kereta masa sampai KL. petang tak makan apa. makan ringan-ringan sahaja. malam sesat nak ke putra heights. jadinya, bila sampai dah kul 10 lebih tu chenta hati 1 bawa makan restoran arab. tu pun dah nak tutup dah. makan laju-laju. tak habis bawa balik. sedap makanan kat sini. chenta hati 1 dengan buah hati makan beriyani. cik zira makan ayam dengan roti. ayam dia memang terbaiklah!
Khamis, 2 Jun 2011



pagi makan roti telur, buah hati beli kat kedai mamak dekat ngan umah bik sah. makan tengah hari dekat PKNS. cik zira makan soto, buah hati makan mee rebus. lepas tu tapau set nugget dekat Mc Donalds.






makan malam dekat mamak dekat Semua House tu. makan dengan sepupu buah hati, Iqbal dan pasangannya Ina. makan tandoori. cik zira tak habis makan, nasib baik ada buah hati,, ngee






alah, hari khamis takde gamba makanan lah,, huhu







Jumaat, 3 Jun 2011



sarapan dekat Kayu Nasi kandar. makan roti telur. makan tengah hari dekat Recsam. makan nasi + kuah kari + kuah asam pedas + sayur + daging + ayam masak kicap. dah lama tau tak makan nasi lauk dekat recsam. memang teringat kenangan masa belajar dekat maktab,, sayu jek jadinya,, huhu






malam makan dekat Nandos. buah hati teringin nak makan. amek sup + bread, buah hati makan 1/2 chicken, cik zira makan chicken kebab. kenyang sampai perut sakit biasa terus sakit teruk sebab angin yang melampau.







itulah secara ringkas makanan yang cik zira telah berjaya makan selama lima hari itu. dan kalau perasan memang nasi sekarang tak dapat dipisahkan dengan cik zira. sehari mesti kena makan nasi jugak. dan sekarang boleh kata dua kali sehari nak kena makan nasi. kalau tak makan macam lapar sangat je rasa.






heran sangat. macam mana dulu boleh diet tak makan nasi lama. tahan je makan bihun semua. tapi sekarang tak boleh langsung! tu yang berat makin naik je rasa ni,, huhu






macam nak puasa rejab tapi macam takut tak kuat bila teringat nasi.. hehe,, padahal dah 2 tahun puasa rejab je. tengok kalau rasa boleh, cik zira nak puasa. banyak pahala kan,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 4 jun 2011 9.00 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails