ini sedikit coretan perjalanan kisah cik zira dan suamiku...
kami bertemu keluar bersama buat kali pertamanya pada 25 Februari 2010. pergi Queensbay makan McD dan tengok wayang kemudian terus balik. dating pertama yang hanya beberapa jam sahaja. indah kalau dikenangkan semula. kali pertama berjumpa yang rasanya tiada kekoknya antara kami berdua. berborak macam dah lama kenal. padahal sebelum tu selalu je nampak dekat kafe mami, tapi dua-dua buat tak tahu je. akhirnya bertemu.
berkawan, berkawan dan berkawan rapat. cik zira selesa sangat berkawan dengan buah hatiku masa tu. walaupun sudah berazam jika tidak berkahwin itu baik untuk cik zira, cik zira pilih yang itu. namun, dengan berkat kesabaran buah hatiku, tidak pernah memaksa dan faham cik zira, sedikit demi sedikit hati cik zira rasa sayang. tiba-tiba terbayang yang cik zira tak boleh hidup tanpa buah hatiku.
oleh kerana satu kejadian yang cik zira rasakan tidak patut cik zira lakukan, suatu malam di bulan Ogos tiak silap, cik zira terus bertekad nak bertunang. hehe, buah hatiku memang pendam je sebab dia kata dia akan tunggu dan akan sentiasa jadi teman cik zira, tapi bila cik zira cakap, dia happy sesangat sebab akhirnya Allah makbulkan doa dia supaya hati cik zira terbuka untuk terima dia. ye, saat itu cik zira dapat rasakan yang hati cik zira memang untuk buah hatiku. tidak pernah cik zira rasa sayang pada kawan lelaki cik zira sampai macam tu sekali,,, =)
setelah berbincang dengan keluarga masing-masing, maka pada tarikh 18 September 2010, rombongan dari Penang datang ke JB berbincang kedua belah pihak. dirisik dan ditunangkan secara sederhana bersama kaum keluarga terdekat memeriahkan suasana. bertunang sudah dua orang ni.
dalam tahun 2011, tak silap hanya 3 kali sahaja berjumpa. itu pun masa cuti sekolah, berjumpa dan membeli persiapan perkahwinan. sabar sebab nanti dah kahwin dah dapat lesen besar, bila-bila nak jumpa pun tiada halangan lagi.
tanggal 11 Disember 2011, satu keramat menyatukan dua hati. berjumpa di Penang, disatukan di JB. dinikahkan pada pagi ahad. majlis diadakan sejurus selepas majlis pernikahan. alhamdulillah lega. macam tidak percaya dah jadi isteri orang pun ada. syukur Ya Allah.
18 Disember 2011, majlis di sebelah Penang pula. lega semuanya berjalan lancar. terima kasih tidak terhingga kepada semua.
ikatan yang sah dan direstui keluarga. semoga hubungan kasih sayang ini kekal selama-lamanya sehingga ke akhir nyawa dan diberkati Allah. Amin.
tunggu kaki si kecik pulak.
Insya Allah kalau ada rezeki, 2013,,, =)
p/s menulis entry ini sambil berdoa yang terbaik untuk perkahwinan ini. Amin.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 29 mac 2012 9.54 p.m.
4 comments:
AMIN...hingga berkekalan hingga ke akhir hayat
Amin. terima kasih kak ye,, =)
dah ada "isi" ke cik zira??
semoga berbahagia selalu!
belum lagi dEar. Insya Allah kalau ada rezeki Allah bagi, tahun depan ke kan,, =)
terima kasih eleya.
Post a Comment