cik zira tidak tahu lah mengapa tapi saban tahun cik zira akan teruja menantikan tibanya bulan Mac. Ya, mungkin sebab utamanya cik zira sendiri lahir di bulan Mac, 27 haribulan. arwah mak, abah dan chenta hati 1 juga dilahirkan dalam bulan Mac ini.
pada cik zira, bulan Mac ni sangat indah, sangat cantik. bulan ketiga dalam setahun. dan tahun ini, Mac 2012, usia cik zira menginjak ke 26 tahun. wah, sudah dewasa! sudah menjadi isteri, menjadi ibu belum lagi,,, =)
hari ini dah 30 Mac, esok 31 Mac, hari terakhir dalam bulan kegemaran cik zira ni. rasa sedih nak tinggalkan Mac 2012. tapi tidak mengapa, Mac 2013 pula menanti Insya Allah jika dipanjangkan umur oleh Yang Maha Kuasa.
cik zira meniti lagi 2 hari dalam bulan Mac dengan keindahan, kebahagiaan dan kegembiraan. Insya Allah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 29 mac 2012 9.25 p.m.
No comments:
Post a Comment