SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, June 5, 2011

makanan 5 hari






kalau entry petang semalam cik zira dah bercerita lokasi cik zira selama lima hari tuh, dan untuk entry pagi ini, cik zira nak bercerita pulak pasal apa yang cik zira sudah makan selama lima hari tuh. tak semua gamba makanan cik zira amek, tapi mana yang ada cik zira tepek ye memandangkan cik zan dan rindu nak tengok gamba-gamba makanan dalam blog MERAH cik zira ni. ni khas untuk cik zan,, hehe






cik zira kasi rumusan jelah makanan apa yang cik zira makan mengikut harinya ye!






Isnin, 30 Mei 2011



sampai penang lewat. makan nasi dan lauk pauk enak masakan kak emy. punyalah banyak nasi cik zira makan sebab lapar bebenor. makan nak dekat kul 12 tengah hari cam tuh.


qisteena pun ada sama,, =)




ada nasi + sambal udang + tauge hijau + kari yang sangat best! + kubis dan sambal belacan. memang terbaik!! terima kasih kak emy. semuanya sedap. dah lama tak makan kak emy masak. merasa jugak kari penang yang memang tiada tandingan. terbaik woh!






petang tak makan. berjalan punya pasal. malam nak dekat maghrib tu pergi makan tomyam dekat dengan surau gelugor tu. buah hati kata makan situ pun sedap. memula nak makan tomyam dekat recsam je tapi tukang masaknya takde. jadi, cari tomyam lainlah. ni akak yang masak. sedap jugak!







makan berdua. nasi putih + telur dadar + daging masak merah + sayur kailan + tomyam campur + sambal belacan. sedap sedap sedap. makan sampai licin selicin-licinya. yahoo!!







Selasa, 31 Mei 2011




gerak pagi dari penang menuju ke Nilai. pagi tak makan apa, cuma beli minuman je dekat stesen minyak. makan pun dah petang dekat R&R masa dalam perjalanan balik ke JB. cik zira makan mee kari, buah hati makan nasi berlauk. masa ni tak amek gamba makanan.







malam kat rumah atok makan nasi dan ngabiskan lauk-lauk yang ada. nasi + sambal tumis power + ayam masak blackpepper + tomyam seafood + sotong masak kuning + tauhu jepun. makan dengan buah hati habiskan semua lauk. terer tak terer,, hehe






Rabu, 1 Jun 2011





sarapan kat rumah atok sebelum pergi. buah hati makan roti canai, cik zira makan bihun goreng + sambal kerang. bihun tapau, makan dalam kereta masa sampai KL. petang tak makan apa. makan ringan-ringan sahaja. malam sesat nak ke putra heights. jadinya, bila sampai dah kul 10 lebih tu chenta hati 1 bawa makan restoran arab. tu pun dah nak tutup dah. makan laju-laju. tak habis bawa balik. sedap makanan kat sini. chenta hati 1 dengan buah hati makan beriyani. cik zira makan ayam dengan roti. ayam dia memang terbaiklah!
Khamis, 2 Jun 2011



pagi makan roti telur, buah hati beli kat kedai mamak dekat ngan umah bik sah. makan tengah hari dekat PKNS. cik zira makan soto, buah hati makan mee rebus. lepas tu tapau set nugget dekat Mc Donalds.






makan malam dekat mamak dekat Semua House tu. makan dengan sepupu buah hati, Iqbal dan pasangannya Ina. makan tandoori. cik zira tak habis makan, nasib baik ada buah hati,, ngee






alah, hari khamis takde gamba makanan lah,, huhu







Jumaat, 3 Jun 2011



sarapan dekat Kayu Nasi kandar. makan roti telur. makan tengah hari dekat Recsam. makan nasi + kuah kari + kuah asam pedas + sayur + daging + ayam masak kicap. dah lama tau tak makan nasi lauk dekat recsam. memang teringat kenangan masa belajar dekat maktab,, sayu jek jadinya,, huhu






malam makan dekat Nandos. buah hati teringin nak makan. amek sup + bread, buah hati makan 1/2 chicken, cik zira makan chicken kebab. kenyang sampai perut sakit biasa terus sakit teruk sebab angin yang melampau.







itulah secara ringkas makanan yang cik zira telah berjaya makan selama lima hari itu. dan kalau perasan memang nasi sekarang tak dapat dipisahkan dengan cik zira. sehari mesti kena makan nasi jugak. dan sekarang boleh kata dua kali sehari nak kena makan nasi. kalau tak makan macam lapar sangat je rasa.






heran sangat. macam mana dulu boleh diet tak makan nasi lama. tahan je makan bihun semua. tapi sekarang tak boleh langsung! tu yang berat makin naik je rasa ni,, huhu






macam nak puasa rejab tapi macam takut tak kuat bila teringat nasi.. hehe,, padahal dah 2 tahun puasa rejab je. tengok kalau rasa boleh, cik zira nak puasa. banyak pahala kan,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 4 jun 2011 9.00 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails