SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, March 23, 2011

google maps yang sangat membantu





ini berikutan keadaan diri cik zira yang sememangnya agak bermasalah sikit nak mencari jalan dan tempat. cik zira ni jenis kalau tahu satu jalan tu je, memang akan ikut jalan tu jelah sampai ke sudah. jenis tak reti nak explore sebab takut sangat tersesat. padahal kalau sesat masih dalam malaysia je lagi kan? huhu






jadi, dengan adanya teknologi hebat zaman sekarang ni seperti google maps, ianya sangat membantu cik zira yang berkeadaan seperti yang disebutkan di atas. lagi-lagi bila kena pergi tempat yang cik zira tak pernah dengar dan memang takde idea langsung kat mana tempat tu berlokasi






esok, cik zira akan ditemuduga oleh pihak SPP untuk disahkan jawatan. hari yang cik zira takut sangat selama ini telah tiba dan esoklah harinya,, huhu






takut sangat ni, takut takut takut






tempat cik zira kena pergi dan kena sampai jam 7.30 pagi esok ialah di Bahagian Teknologi Pendidikan di Skudai baru. itu memang tempat cikgu-cikgu semua kena interview.






oleh kerana tak tahu langsung kat mana lokasi tempat untuk temuduga tu, jadi cik zira mohon bantuan google maps. senang saja.






pergi dekat laman web google maps tu. lepas tu, tekan get directions.






nanti akan keluar dua kotak. perjalanan dari mana dan nak ke mana. taip sahaja. dan enter.






nanti akan keluarlah directions dan map untuk ke lokasi yang ingin dituju. fahamkan je betul-betul dan Insya Allah mesti sampai dan takkan tersesat punya. percayalah!






bagi orang yang buta jalan macam cik zira ni, cik zira memang yakin dengan bantuan google maps. memang jumpalah!






dan dengan bantuan google maps jugaklah, cik zira ni siap print map dia, print directions dia takut tak ingat kan, biasalah orang gelabah jalan ni,, hehe, cik zira telah cuba mencari tempat untuk ditemuduga esok. cik zira gerak dari umah pukul 7 pagi tadi dan campur dengan tersalah masuk jalan keluar balik tolak 10 minit, perjalanan sebenar dari stulang baru ke bahagian teknologi pendidikan tu lebih kurang 25 minit macam tuh kalau jalan tak sibuk.






senang sangat ikut directions yang diberikan oleh google maps ni. senang nak cari. ingat je jalan dia bagi. mesti jumpa!






ini directions mudah banget dari google maps untuk cik zira :

Stulang Bahru, Johor Bahru, Johor

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor Jalan Hang Jebat, Skudai, 81300‎ - 07-5581893






happy bila dapat jumpa tempat yang dicari. TAPI masalah pulak timbul bila nak cari jalan keluar. jadi, main redah jela sebab jalan keluar cik zira tak lalu jalan masuk. jadi, kena meredah sendiri nak keluar dan balik.






jadi, esok tak payahlah nak keluar awal sangat. dalam pukul 6.30-6.45 tu bolehlah keluar dari rumah. mandi solat subuh sarapan dulu dan doa banyak-banyak nak pergi temuduga tu.






TAKUT ni tau. sejuk je kaki tangan bila bercerita pasal temuduga. Ya Allah, semoga segala urusanku dipermudahkan oleh-Mu Ya Allah.






eh, lupa, TERIMA KASIH GOOGLE MAPS,,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 23 mac 2011 9.46 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails