SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, March 6, 2011

kisah kereta






ini kisah tentang kereta selepas terlibat dalam kemalangan di lebuhraya pasir gudang. kejadian kemalangan pada 11 Februari lalu, akibat dilanggar kereta belakang yang pentingkan diri sendiri itu mengakibatkan kereta bik moi yang cik zira bawa ke sekolah setiap hari masuk bengkel untuk diperbaiki.






bayangkan 11 februari masuk bengkel, 3 Mac baru siap keretanya. hampir sebulan jugak nak siapnya. seminggu pertama pinjam kereta tokcik aza, selepas tuh sampailah ke hari ini pinjam kereta buah hati.






kereta tuh seminggu pertama masuk bengkel tak buat pape pun, duk tersadai jek sebab masalah dokumen dan insuran orang yang langgar tuh tak selesai lagi. ingat ye, kena selalu bertanyakan khabar kereta anda di bengkel supaya orang bengkel tuh tahu yang anda perlukan kereta anda itu. macam cik zira, mula-mula tuh minta tolong chenta hati 1 tolong telefonkan, lepas tuh buah hati selalu tanya pasal kereta. kemudian, minta tolong tokcik salleh pergi bengkel tolong tengokkan kereta. alhamdulillah, minggu kedua hari selasa dia dah mula buatkan kereta itu.






hari khamis, 3 Mac, siaplah kereta. dah boleh amek. tokcik salleh tolong amekkan sebab cik zira takde masa, rewang je. tokcik pun tolong amekkan hari jumaat pagi. terima kasih ye tokcik.






kereta pun sudah kembali. tapi, kena hantar servis dulu dan basuh dulu. tengoklah kalau sempat buat hari isnin ke bagi segar dan bertenaga semula nak temankan cik zira hari-hari ke sekolah lepas cuti nanti. rindu nak bawa kereta tu semula dan sangat berharap takde sape lagi nak langgar kereta tu. cukuplah, tanak dah kena lagi.






satu lagi, kalau bab-bab kereta ni kan, cik zira dah belajar satu lagi perkara. kalau perempuan yang uruskan, memanglah proses lambat. tak cukup tegaslah macam cik zira ni senang kata. sebab itu apa-apa pun cik zira minta tolong lelaki, mudah je. kalau cik zira sendiri yang cakap, memanglah tak jalan,, hehe






cerita agak panjang, tapi gambar kereta yang dah keluar bengkel tak amek pun. terlupalah,, huhu






nanti ye. letak gamba kereta tu, sian dia dah lama tak masuk blog MERAH ni.






jadi, korang hati-hati tau memandu. kadang-kadang bukan salah sendiri pun, alih-alih kemalangan. sebab tu orang kata malang tak berbau, sediakan payung sebelum hujan. kan kan?







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 5 mac 2011 11.28 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails