SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, March 7, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SKTC





sambutan maulidur rasul, sekolah cik zira, SKTC telah berlangsung pada 5 Mac 2011, sabtu baru-baru ini. ini kali pertama cik zira menyambut maulud dalam suasana yang meriah sangat. gembira tau rasa. dengan cikgu-cikgu, dengan budak-budak seramai 3 ribu orang tu. kenangan yang bestlah buat cik zira sebagai cikgu di SKTC tu.






masak sendiri, Guru Besar yang mengetuai pasukan memasak. jadi, pada hari jumaat pagi, guru-guru sesi petang hadir ke sekolah sebelah pagi untuk rewang. hampir semua sekali membantu membuat persiapan memasak. cik zira pun tak terkecuali. antara yang hadir awal pada pagi itu. cik zira kupas bawang putih, siang lobak merah, potong lobak merah. ramai-ramai buat dengan bunyi kompang, betul-betul rasa macam majlis kahwin. meriah tau ramai-ramai merewang.






sedikit gambar semasa merewang. gambar tak ikut susunan tau,, ;)


 sesi melapah daging oleh cikgu-cikgu lelaki

 guru-guru perempuan sama-sama membuat kerja dia tas tikar

 tuan guru besar yang turun padang bekerja bersama cikgu-cikgu yang lain

 bergelak ketawa, bercerita sambil membuat kerja


 papan pemotong dan pisau cik zira bawa dari umah. 
tapi tak guna pun pisau tu, guna pisau lain



basuh ikan,, =)




cikgu-cikgu lelaki uruskan lembu. cikgu-cikgu perempuan setelkan barang-barang masak. siap ada makanan lagi untuk cikgu semua. yelah, buat kerja mesti lapar plak lepas tu kan.






ramai cikgu balik masa nak dekat pukul 12 tengah hari sebab banyak yang dah siap. cik zira balik 12 lebih pergi tumpang rumah kak rahida nak mandi dan bersiap. nak balik rumah memang tak sempat. rumah kak ida dekat sangat, 5 minit je.






masa belah petang, cik zira mengajar seperti biasa. tak sempat nak turun ke dewan tengok persiapan. tapi cikgu pagi kata dah tak banyak nak buat sebab cikgu petang banyak dah siapkan semua. malamnya pun cik zira tak datang rewang sebab rumah kan jauh. ikutkan hati nak pergi jugak. apakan daya.






sabtu, 5 mac, sambutan maulud nabi. sungguh meriah. budak-budak dari tahun 1 sampailah tahun 6 semuanya ada. majlis dimulakan dengan ceramah. di bahagian kantin dan dapur plak cikgu-cikgu sibuk membuat persiapan untuk bagi budak-budak makan lepas habis ceramah dan persembahan. cik zira pun sempat amek gamba sikit jek sebab cik zira turut sama bekerja keras bagi semuanya berjalan lancar. kejap cik zira masuk bahagian bungkus nasi, kejap masuk bahagian susun bungkusan, kejap masuk bahagian cedok nasi masuk dalam dulang, kejap lagi bahagian bagi nasi dekat budak. hehe, cik zira ada di mana-mana lah!












lepas habis majlis, baru dapat makan. itupun makan tak banyak sebab terlampau penat, amek banyak kang tak boleh nak masuk pula. amek sikit dapat habiskan. memang sedaplah guru besar masak. terer betul. nasi, lauk, daging ayam semuanya sedap. powerlah guru besar kitorang ni.






lepas habis semuanya dah takde apa, cik zira naik bilik guru, bungkus kerepek untuk jualan PENDITA plak, kelab guru kat sekolah. pukul 12.15 tengah hari cik zira minta nak balik sebab ada urusan lain.






penat memang penat tapi seronok sangat. tengok budak-budak makan, happy je rasa. cikgu-cikgu semua memang bekerja keras menjayakan sambutan kali ini. cik zira rasa gembira sangat dapat merasai pengalaman seperti ni. seronok!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierararahman ahad 6 mac 2011 10.59 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails