SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 11, 2011

CUN!





salam sayang buat semua pembaca blog MERAH cik zira ni, cik zira harap hari ni dan hari-hari seterusnya kita semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi oleh ALLAH,, AMIN,, =)






tengok tajuk entry ini. agak-agak dah tahu tak entry ni cik zira nak cerita pasal apa? siapalah yang cik zira maksudkan cun tu ye?






ini bukan pasal orang sebenarnya. ini pasal filem CUN! cik zira baru dapat tengok semalam. padahal dah lama jugak filem ni keluar, 31 mac tak silap. dengar orang komen macam best, tu lah nak pergi tengok jugak. dah lama tau sebenarnya tak tengok wayang. sampai dah lupa last tengok wayang bila dan cerita apa,, huhu






semalam, lepas zohor, dalam kul 2 lepas bersiap keluar rumah. ha, tahu tak cik zira tengok wayang dengan siapa? buah hati? oh, tidak tidak! buah hati cik zira kan jauh nun di penang, macam manalah nak tengok dengan dia pulak kan. cik zira ajak budak tusyen cik zira, si amy dengan si nani. pantang diajak budak berdua ni, apa lagi memang suka sangatlah dorang!


ini cik zira semalam,, =)




amek dorang terus ke jusco tebrau. amek parking pun hujung-hujung sebab takde parking sangat. ramai betul orang kat jusco hari ahad. biasalah kan, cuti. masuk jusco je terus bau durian. sakit betul hidung, tahan nafas jela sebab masuk ikut tempat groceries tu. menuju ke atm untuk cucuk duit dulu baru leh beli tiket.





sampai jek nak beli tiket, aduhai, kena beratur panjang gila. kitorang sampai, kitorang belakang sekalilah kan, lepas tuh baru ramai lagi belakang kitorang.






dapat beli tiket pukul 3.15, ada masa 15 minit lagi. terus cik zira ajak dorang pergi beli roti dan air. sebab rasa lagi kenyang daripada makan pop corn tuh,, hehe






dah beli roti, terus masuk wayang.






pendapat cik zira tentang filem cun! ni?






sebuah filem yang ringan, komedi romantik dan membariskan pelakon hebat dan pelakon utama Maya Karin yang sangat cantik dan seksi jugak dalam filem ni dan hero kampungnya si Remy Ishak yang sememangnya berlakon sangat best!






cerita tentang cinta, kasih sayang dan populariti. pelakon tambahan lain pun berjaya menghidupkan cerita lagi sebab watak Tom oleh faezah yang memang selamba, watak manis yang berjaya membuat ramai menangis dan atok oleh katrina yang memang menyentuh hati






cerita yang sangat simple tetapi bermesej ni memang sesuai ditonton bagi kita yang nak tengok cerita ringan sahaja. ada babak-babak yang membuat kita tersenyum, ketawa dan ada yang sampai boleh membuatkan kita menangis







kira cik zira sukalah jugak dengan filem cun! ni. dapatlah jugak tengok. nasib baik ada yang sudi teman,, ehe






lepas tengok wayang habis dalam pukul 5.15 cenggitu, masuk jusco kejap lepas tuh terus balik, asar di rumah sahaja. balik hujan jalan pun agak sibuk. hantar budak berdua tu dan terus balik rumah.






itu sahaja kisah petang semalam. paginya sampai tengah hari kan tusyen, jadi petang jelah free keluar sekejap menghibur hati,, =)








~sekian~




 k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 11 april 2011 8.35 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails