SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, April 8, 2011

kisah di subuh hari





subuh tadi kan, dalam pukul  5 lebih nak dekat kul 6 macam tuh, cik zira terkejut sebab dengar orang menjerit-jerit. terus terbangun sebab ingat takut orang rumah ke kena apa-apa. terus keluar dari bilik tengok atok ngan bik ani buka pintu nak tengok suara siapa.






memang jerit kuat sangat. jeritan minta tolong. "tolong! tolong!", banyak kali plak tu






tengok kat jalan gelap je. takut nak keluar.






rupanya ada orang kena ragut. atok kata memang ada sorang perempuan tuh, dalam pukul 6 dia jalan nak naik bas kat atas sana. dia sorang-sorang. dan mungkin peragut tuh dah bape hari ni duk aim kat dia. dan hari ini pulak nasib dia tak berapa baik, kena ragut. kesian sangat.






bik ani kata depan ni memang dulu pun ada orang penah kena ragut. sebab jalannya gelap.






sebab tu lah kita orang perempuan, elakkanlah jalan bersendirian lagi-lagi dalam gelap, memang mengundang bahaya tau. 






masa dengar suara jeritan tu memang takutlah sangat. lepas ni kena lebih berhati-hati sebab yelah, malang kan tak berbau, kena selalu berhati-hati dan jaga diri. Insya Allah.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 8 april 2011 9.21 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails