wah wah, memalam ni buat entry pasal sabun mandi pulak kan,, hehe
bukan apa, sejak beberapa minggu ni cik zira rasakan kulit muka, tangan semua dah gelap dah sebab asyik berjemur tengah panas. memang muka dengan tanganlah mangsa paling teruk terbakar dek cahaya matahari.
jadinya, mestilah amek inisiatif untuk mengembalikan semula kulit kepada keadaan asalnya. kalau tak cerah sangat, sekurang-kurangnya back to normal lah kata orang,, ;)
jadi, untuk muka cik zira pakai je pencuci muka dan krim fair and lovely dan safi jugak macam biasa tapi amek masa beberapa harilah untuk kembali kepada biasa.
dan untuk badan, cik zira nak cuba sabun mandi Lux White Impress for fairer & more radiant skin ni. nak tengok berkesan ke tidak. hari tuh beli dekat Tesco sebab memang sabun mandi nak dekat habis, tu yang amek yang ni sebab cik zira kalau beli sabun mandi memang suka amek yang macam susu kambinglah, yogurtlah, kira amek yang untuk putih-putih ni lah,, hehe
Lux White Impress for fairer & more radiant skin ni harga dia kat tesco RM 12.90 untuk botol 700 ml. rasanya memang lama lah cik zira guna botol ni sebab sedangkan yang baru berapa ml tuh cik zira guna 2-3 bulan, ni lagilah 700 ml, sampai hujung tahun agaknya,, cik zira kan penjimat,, ewah!
ni botolnya cik zira tak guna lagi sebab nak tunggu sabun sekarang guna ni habis dulu, tak baik membazir kan
nak tahu apa kebaikan sabun Lux White Impress for fairer & more radiant skin ni lagi tak? meh cik zira cerita sikit lagi, copy je daripada belakang botol tuh,, ngee
Serlahkan daya penampilanmu selama mungkin.
Lux White Impress - mandian yang mencerahkan kecantikan. dengan sistem triple action yang membantu menyerlahkan penampilan cerah berseri.
1. Penghalusan - dengan Mikro Kristal yang menanggalkan sel kulit mati untuk menyerlahkan seri
2. Kecerahan - dengan Sari Mulberry yang mencerahkan kulit dengan pati pencerahan yang istimewa
3. Pelembapan - dengan madu yang mengembalikan kelembapan kulit
ha, itulah informasi tentang sabun Lux White Impress for fairer & more radiant skin ni. harap-harap berkesanlah bila cik zira guna bawa mandi setiap hari nanti. bolehlah kulit badan cik zira halus, cerah dan lembap selalu,, =)
wah, bukan main lagi, padahal guna pun belum. tapi setiap hari bau sabun ni sebab memang wangi sangat!
korang pun cubalah ye!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 4 april 2011 8.20 a.m.
No comments:
Post a Comment