memulakan hari isnin 4 April 2011 ke sekolah dengan memakai baju raya tahun 2009. baju tu rasanya lama sangat tak pakai, baru pakai 3-4 kali je tak silap. jadi, pakailah. kiranya semalam tema kecoklatan gitu!
pergi sekolah macam biasa. dan minggu ini minggu cik zira bertugas. kenalah jaga budak-budak untuk minggu ini.
mengajar seperti biasa. cuma, seorang budak kelas cik zira sendiri, 2F cik zira terpaksa hukum dia sebab buku teks dia hilang dah nak masuk 3 minggu, suruh mak beli tak bagi tahu, buku rekod laporan pun tinggal dia sorang je tak pulang balik. geram betul cik zira dengan dia. cik zira hukum dia keluar kelas tak payah belajar. malas kekadang layan budak tak sedar dek untung macam ni. kawan-kawan dia yang lain semua nak belajar. dia sorang je buat perangai.
kelas semalam habis kul 5. kul 5 lebih baru cik zira dapat makan. tapi nasib baik dalam kereta dalam perjalanan nak pergi sekolah dah makan jemput-jemput. dekat sekolah pun makan goreng pisang. jadi takdelah lapar sangat bila makan nasi kul 5 lebih tu.
nasi lauk asam pedas + ikan goreng + kerabu ulam. memang terbaik! seperti biasa terima kasih kepada bik ani yang disayangi. hari-hari sudah pasti cik zira makan yang sedap semuanya. alhamdulillah.
sekarang kalau haus, cik zira buat air mangga. kan dah beli kordial mangga hari tuh masa pergi giant. letak atas meja. rasa haus je nuat air mangga. nanti tak sampai berapa hari tu mesti habis,, hehe
lepas makan nasi, beli kerepek pulak. asek nak mengunyah je kan cik zira ni,, huhu
sampai rumah beberapa minit sebelum azan maghrib. mandi bersiap, solat maghrib, ngaji, solat isyak semua. malam semalam buat lesson plan sambil layan cerita Gemilang TV3 tu, best jugak. yelah, kalau ada masa macam tu jelah depan tv boleh tengok tv sekejap. lepas habis cerita tu terus tutup, nanti keje tak siap plak.
pagi tadi ni, lepas subuh ke Pasar Larkin dengan bik ani beli barang. dah sarapan dah cik zira awal-awal tadi, tapau bakso yang sedap!
itu sahaja kisah semalam. hari ni pulak 5 April, semoga lebih baik dari hari semalam. AMIN
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 5 april 2011 8.44 a.m.
No comments:
Post a Comment