SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, April 26, 2011

Mentor 5






hamboi cik zira, malam-malam ni nak bercerita pasal rancangan realiti hiburan nampak gayanya,, ;)






yelah, kalau tengok, memang cik zira jarang sangat nak bercerita pasal hiburan ni. bukan tak mengikuti cuma macam tak berapa penting untuk diperkatakan. baik bercerita pasal sekolah, lagi berfaedah rasanya,, hehe





tapi, cik zira cuma nak beri pendapat peribadi cik zira mengenai Mentor Musim ke 5 ni. pendapat perbadi tau, tak sama dengan pendapat orang lain. setiap orang ada pendapat tersendiri kan kan?






okeh, pertama sekali cik zira nak bagi pendapat mengikut kumpulan dahulu. Kumpulan A ada shiha, ratnah dan ayish. Memang dari minggu ke minggu memang nampak kebolehan shiha yang memang sebagai penghibur. manakala ratnah berusaha keras untuk mendapat tempat selesa. secara jujur, dari segi vokal walaupun cik zira bukan pandai nyanyi pun, tapi cik zira rasa ramai pun perasan, memang vokal shiha adalah terbaik dalam kumpulan A. dari segi persembahan, ratnah menyerlah minggu ketiga tapi vokal tetap berpihak pada shiha. dan ayish, maaf ye ayish, cik zira tak berapa suka lah sebab macam tak layak jek kalau nak dibandingankan dengan shiha dan ratnah. mungkin ayish terkeluar sebab rasanya ayish belum bersedia untuk bertanding. suara dan persembahan biasa-biasa aje,, jangan marah ye peminat ayish, ini sekadar pendapat cik zira.







okeh, kumpulan B pulak, peh, memang Salma terbaik! dan jika nak dibandingkan pendahulu kumpulan A dan pendahulu kumpulan B, nasib menyebelahi salma. dan cik zira macam dapat rasa protege kepada si jelita Erra Fazira ni menjadi johan Mentor 5, Insya Allah. salma memang tiada tandingan. suara adalah yang terbaik dan setanding penyanyi yang sedia ada. Iqa pula suara biasa sahaja dan Aiman memang cik zira rasa tak layak sebenarnya masuk Mentor 5 ni. dia memang tak boleh nyanyi dengan baik sebenarnya sampaikan Dato Ramli MS pun sampai dah tak tahu nak kata apa, siap kata kalau dia bagi tahu pun Aiman tak faham sebab aiman tiada teori. betul pun, setuju sangat dengan dato sebab suara aiman biasa sahaja dan menyanyi mendatar dan dia tidak keluarkan semua suaranya dan terlampau berhati-hati. persembahan pun sangat biasa sahaja. masa nyanyi dengan penyanyi hebat Roy tempoh hari, ternyata suara aiman tenggelam bak kata noraniza, juri jemputan. 






pastinya kegemaran cik zira ialah SALMA!






salma memang hebat. suara memang mantap dan memukau. semua persembahan salma terbaik dan memang tiada tandingan sebab salma memang boleh menyanyi dan salma memang boleh menjadi penghibur. salma hebat! peserta lain perlu berasa takut dan cubalah mencontohi kehebatan salma. dan erra fazira juga hebat kerana berjaya memberikan pilihan lagu dan persembahan terbaik untuk salma.






perserta kumpulan A perlu bekerja keras untuk menandingi salma kerana salma memang mempunyai vokal yang mantap dan hebat dan itu sendiri diakui oleh Dato Ramli MS yang susah nak puji orang hebat tapi dia telah memuji salma hebat! apa lagi yang boleh dikatakan.







wah, cik zira ni, dah macam pengulas dah ni cara penulisannya. bukan apa, cik zira macam suka sangat ikut mentor setiap minggu walaupun minggu pertama awal-awal tu macam tak berminat tapi suka sebab kagum dengan kehebatan salma. pandai erra fazira cari protege.






tak sabar nak tunggu persembahan salma dua minggu lagi dan minggu ni nak tengok shiha. shiha tu comel dan harap-harap dia buat terbaik untuk merampas kembali kejuaraan mingguan.






ratnah versus iqa dan salma versus shiha. peh, memang mantap! maaflah peserta lelaki mentor kali ni, anda tidak setanding black dan fiq lah, ternyata jauh berbeza,, huhu






memandangkan cik zira tak layan AF musim sembilan ni, jadi cik zira ikut Mentor 5 ni dan rasanya Mentor 5 lagi baik dari AF9,, hehe, komen peribadi lah sebab kalau nak ditengok dari pesertanya, peserta mentor lagi menyerlah,, =)







okeh, rasanya cukup itu sahaja pandangan peribadi cik zira untuk Mentor 5. korang punya pendapat macam mana? ada tak sama-sama ke dengan pendapat cik zira? sama-sama kita kongsikan ye,,






Mentor 5 best!
tapi nas ahmad tak best sebab macam tak sesuailah segmen dia dalam Mentor ni, rasa perlu ada segmen lain yang lagi membina,, huhu








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 25 april 2011 10.47 p.m.

5 comments:

zanox said...

yes! salma terbaik! zan tak suka sangat shiha la cik zira. Macam ala² control pun ada jugak..huuu...**pendapat peribadi ni**

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

oh, haah jugak kan, memang perasan jugak shiha macam tuh tapi cuma kita rasa shiha punya suara the best dalam kumpulan A, itu aje zan,, hehe

zanox said...

ohh..haha..memang dia the best pun dalam group A..nak harapkan ayish..tak kot =.=" Ratnah ok jugak..tapi kena kerja kuat sikit..
Kalau nak bandingkan shiha ngan salma, vocal salma lagi power :)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

yup, salma is the winner!


kan kan zan? hehe

zanox said...

yes...setuju 300%! :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails