SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, April 26, 2011

pertandingan rak kreatif Guru Bahasa Inggeris SKTC





cik zira kan cikgu bahasa inggeris dan merangkap Penyelaras Bilik SAC. apa itu bilik SAC? bilik SAC ni maksudnya Self Access Centre. dia lebih kurang macam library yang sepatutnya penuh dengan pelbagai bahan dan maklumat berkenaan Bahasa Inggeris.







dan sehubungan dengan itu, dirancang satu pertandingan rak kreatif di kalangan guru bahasa inggeris ni. maksudnya, setiap rak yang ada dalam bilik SAC untuk pertandingan ini hendaklah dihias dengan bahan-bahan untuk setiap tajuk. satu rak satu kumpulan dan setiap tingkat rak itu satu tajuk.






dan cik zira dan kak farra telah mendapat tajuk transportation. kak farra telah mengepau mainan anak lelaki dia yang dah banyak sangat kat rumah untuk digunakan sebagai alat untuk tajuk kenderaan ini. jadi, tugas cik zira kena labelkan setiap kenderaan dan cik zira plan nak beli kad keras warna hitam tu nak buat jalan raya. jadi, kenderaan tu semua diletakkan atas jalan raya. nampak cantik sikit.


banyaknya menan!

label kenderaan yang ditaip guna laptop, 
nanti baru tampal pada kad keras




lagipun setiap kumpulan kena ikut kreativiti masing-masing nak cantikkan rak sendiri. jadi, walaupun cik zira ni tak kreatif, tapi cik zira cuba buat dengan baik dan dalam masa yang sama bahan itu nanti dapat digunakan untuk mengajar budak-budak.






ramai cikgu yang masih tiada masa untuk mulakan pertandingan ini dan mencari bahan. Tapi, Insya Allah cik zira cuba adakan masa untuk siapkan bahagian cik zira sebaik dan secepat mungkin, cik zira jenis suka siapkan cepat-cepat dan cuba buat dengan baik.






cik zira nak cuba jugak siapkan dalam minggu ni dan bahan-bahan nak kena beli dulu untuk buat jalan raya. dan kena cari alas cantik ke nak hiaskan rak tersebut. dahlah kumpulan cik zira semua dengan akak-akak senior. cik zira nak tunjukkan walaupun cik zira cikgu baru, tapi cik zira pun boleh buat, Insya Allah,, =)






baiklah cikgu-cikgu bahasa inggeris SKTC, jom sama-sama kita jayakan pertandingan rak kreatif SAC ini untuk kebaikan bersama. JOM!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 25 april 2011 10.19 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails