SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, April 17, 2011

Movie : Rio





assalamualaikum dan salam sayang semuanya,






selamat datang ke entry movie review oleh cik zira,, =)






kalau minggu lepas cik zira dah nonton cerita melayu bertajuk Cun!, malam semalam cik zira menonton cerita kartun inggeris pulak bertajuk RIO. cik zira nonton dengan BFF di MBO, KSL city. movie mula 8.45 malam tapi kitorang masuk dah lewat. tapi tak lewat sangat.






ceritanya best dan sangat comel. sama macam cerita ratatouille yang sangat cik zira suka tu. tapi cik zira masih suka lagi cerita si tikus pandai masak tu,, ;)






cik zira rumuskan cerita Rio ini ye :






# kisah tentang burung. hubungan burung sesama burung dan hubungan burung dan manusia







# watak utama dalam Rio ni namanya Blu dan tuannya Linda yang jaga blu dari kecik. dorang pergi France masa musim karnival dan macam mana ntah si blu ni kena culik dengan penjahat bersama-sama dengan seekor burung betina yang sama jenis dengan blu. dalam usaha melepaskan diri, kedua burung ini dirantai dan kemana pergi bersama






# mula-mula tak suka, lama-lama jadi suka lah si blu ni kepada jewel dan begitulah sebaliknya






# blu ni tak pandai terbang tau. kasihan sungguh. dia pandai berjalan dan memanjat sebab dia memang duduk dengan linda dan tak pernah nak terbang keluar. jadi dia takut nak terbang. tapi lama-lama dia pandai terbang jugak demi nak selamatkan jewel, kekasih hatinya






# watak dalam cerita ni semua comel-comel dan memang ada banyak scene membuatkan kitorang dalam panggung ketawa geli hati. watak burung jahat si nigel tu memang buat orang geram. padan muka last-last mati rasanya,, huhu






# keseluruhan cerita memang best lah dan sangat menghiburkan. orang besar ke kanak-kanak ke memang sesuai sangat layan cerita kartun Rio ni.







jadi, siapa yang belum tengok tu, selamat menonton ye!






 *all pictures credit to googles*






p/s dalam panggung semalam punyalah sejuk sangat. keluar panggung jalan pun terketar-ketar. nasib baik tak lama sangat cerita tu,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 17 april 2011 8.23 a.m.

2 comments:

littledolphin said...

saja nk usha,agak2 citer tu brp lama? hehe

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

1 jam lebih, tak sampai 2 jam,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails