SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, April 17, 2011

sabtu yang penat tapi seronok





salam sayang semuanya, 
selamat hari Ahad!






entry ni cerita pasal semalam dan macam biasalah entry-entry cik zira dalam blog MERAH ni akan selalu ada gamba makanan seperti tuan blognya jugak yang merupakan seorang pencinta Makanan,, yes!






# keluar rumah semalam pukul 7.15 pagi menuju ke sekolah. sampai sekolah terus jumpa kak ida, penyelaras Program LINUS untuk amek details sebab cik zira kena mengacarakan majlis, tapi majlis simple sahaja.






# sementara menunggu majlis bermula, cik zira makan sarapan dulu. macam biasa, bawa bekal. bik ani masakkan macaroni goreng versi bik ani. sedap! makan sampai habis, tak toleh kiri kanan,, ngee






# lepas habis mengacarakan program tersebut dan kemas-kemas kerusi di dewan, amek makanan dan terus masuk mesyuarat kelab guru di bilik KH. masuk jek nak dekat habis pun mesyuarat tersebut. cik zira kena jadi pengacara majlis jugak untuk hari guru 16 mei nanti,, =)






# habis mesyuarat terus memandu pulang ke rumah. sampai rumah dalam pukul 11 macam tuh. makan lagi makanan dapat tadi, bihun goreng + telur dadar. makan jugak sampai habis. padahal pukul 8 dah makan macaroni goreng tuh! cik zira cik zira,, isyh isyh






# pukul 11 lebih pergi photostat bahan untuk tusyen dan untuk kelas. pergi larkin tutup, pergi kg melayu. nasib baik buka. kemudian pergi bakar batu dengan bik ani, jumpa orang dan pergi tempah baju cik zira sekali. sekarang kan, tempah sepasang baju kurung memang dah mahal. tanya mana-mana pun paling murah 30-35, ada sampai 40 sepasang. mahal kan? sebab tu lah cik zira memang suka beli baju yang dah siap je. untung, pakai pun sedap! tunggulah dua pasang baju tu siap. satu kain BFF bagi birthday, satu lagi baju batik library. dah siap nanti boleh dipakai,, =)






# balik, tunggu tusyen pukul 2 petang. mengajar bebudak tuh. seronok rasa sebab lama tak jumpa budak berlima tuh. walaupun penat dan mengantuk, tapi tanggungjawab mengajar perlu dilaksanakan dengan baik. macam biasalah, waktu rehat bik ani akan bagi kitorang makan. semalam bik ani buat kuih dadar orang sini panggil. ala kuih panjang yang warna hijau dalamnya inti kelapa manis. memang sedap!


sedap sangat!




# habis tusyen borak-borak dengan BFF. mandi, maghrib dan bersiap tengok movie! movie apa? nanti cik zira review entry petang karang ye.






rasanya cukuplah rumusan cik zira untuk semalam. apa yang berlaku semalam kepada cik zira. 






hari ni macam biasa pukul 9 tusyen dengan budak-budak menengah pulak sampai ke tengah hari. lepas zohor kena buat lesson plan dan kena iron baju untuk esok. esok dah sekolah kan,, =)





ok semua, selamat menikmati hari ahad yang indah ini bersama keluarga dan teman-teman ye!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 17 april 2011 8.04 a.m.

6 comments:

cik zia said...

kak zira tempah baju katne?murah x?

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

dekat sdara jgk,kat bakar batu.sepasang rm35.harga standard.tp kat pasir gudang ada lg org amek rm25..

cik zia said...

owh kira ok lah tu.
susah ler nak cari yang murah n sedap pakai skg nie.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah zia, sedara yang jahit ni memang dia jahit sedap pakai,, =)


oklah dengan harga tu

cik zia said...

boleh lah zia tumpang hantar baju kat sane :)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

boleh je zia,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails