SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 4, 2011

petang semalam ke De Chinta Bridal





salam sayang buat semuanya, 






hari ini dah hari isnin semula dah, hari untuk bekerja walaupun sabtu dan ahad pun kena kerja,, ;)






cik zira nak cerita ni, petang semalam cik zira dengan sepupu belah mak, Qiela, ibunya, Mak Jah, Mak Ngah dan Mak Ngah pergi De Chinta Bridal dekat Taman Sri Pulai. 






Anak Mak Ngah ngan Pak Ngah, si Cipi tuh punya majlis 26 November dan diikuti oleh Qiela pada 2 Disember dan selepas itu cik zira pula menyusul, Insya Allah. Jadi, pergilah survey sekali sebab qiela memang amek pakej bertunang untuk bulan 7 nanti dengan bridal ni. lagipun masa pergi pameran pengantin dekat angsana tu, memang berkenan jugak dengan bridal ni, tu yang qiela pun amek dari dia untuk majlis tunang dia nanti.




maaf ye, gamba guna handphone je, tu yang tak clear sangat,, 





cik zira pun menyibuklah sekali tanya pape yang patut, amek quotation dan sebagainya.






masa sampai, owner dia tak sampai lagi. kedai pun tutup je, dahlah takde papan tanda nama kedai, macam tak wujud je kedainya. tapi, bila dia buka je kedainya, baru boleh senyum. cantik dalamannya. baju pun banyak sangat dan cantik-cantik. jadi, tak perlu risaulah.






cik zira tanya sikit je. qiela yang dah confirm. mak ngah tanya-tanya sebab mak ngah buatkan semua untuk anak dia tu, anak dia jauh, jadi maknya kena uruskan semua. maklumlah, anak lelaki kan. tahu nak siap je,, hehe






lama juga perbincangan. lepas dah siap bincang, terus ke kedai tomyam sebelah je dengan bridal ni. tengok macam best, nak rasalah sedap ke tidak. Mak Jah dengan Qiela order nasi goreng 2 wajah, nama pun tak pernah dengar kan, tu yang nak cuba. tapi memang sedap. cik zira order bihun pun sedap jugak. memang sedaplah makanan kedai tomyam tu, tak silap nama dia Seafood Maidah. lenkali kalau datang lagi, nak makan lagi kat situ, sedap sedap. Terima kasih ye Mak Ngah, belanja kita!






lepas makan, terus balik. Taman Sri Pulai ni memang jauh. cik zira tumpang mak jah, sampai rumah mak jah maghrib dulu lepas tu baru balik rumah.






malam pun tido awal dan pagi ini baru teringat semalam tak tengok pun ABPH padahal nak tengok sangat. sedih betul lah. tu lah, ngantuk sangat, sampai tv pun tak sempat nak tengok,, =(







pagi-pagi tadi lepas update blog untuk hari ni, cik zira buat lesson plan untuk minggu ni. sabtu ngan ahad nak buat dah tak sempat. kenalah buat pagi ni. harap-harap dapatlah siapkan.







itu sahajalah pun sedikit cerita yang cik zira nak update. kiranya kan, tahun ni 3 orang cucu tokyam akan kahwin dan deret 3 minggu sekaligus
habislah penat semua orang,, ;)








~sekian~








k,adios!!!,,, by: ierarahman isnin 4 april 2011 7.47 a.m.

2 comments:

nurjiba said...

hye.. nk tnye cane ngn majlis tunang tu? i plan nk amik bridal ni for my wedding.. need ur comment upon this bridal;)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

ok jek. harga standard tapi semuanya ok, pelamin, make up. sepupu memang amek full pakej dia untuk kahwin nanti. so, boleh jek nak amek dia,,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails