SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, April 3, 2011

Kursus Asas Unit Beruniform SKTC





Assalamualaikum semua,






hari ni, 3 April 2011, hari Ahad, cik zira awal pagi dah bertolak ke sekolah untuk Kursus Asas Unit Beruniform untuk pelajar Tahun 4. semalam petang kul 5 lebih bertolak dan pukul 10 lebih baru sampai rumah. maklumlah, sekolah dengan rumah jauh. kg melayu - taman cendana, pasir gudang. sebab tu lah kena keluar umah awal.






pagi ni tadi, dalam pukul 7.25 pagi keluar dari rumah. bawa bekal roti sandwich telur bik ani buatkan. bawalah 3 set. satu makan dalam kereta, 2 lagi ada free baru dapat makan.






eh, sebelum tuh, kena tunjuk muka cik zira pagi-pagi tadi gi sekolah, ;)


halamak, gelaplah!

ala, cerah sangatlah pulak!




sampai sekolah, tak ramai cikgu yang sampai, 2-3 orang, yang lain cikgu yang bermalam di sekolah. cik zira kira antara yang terawal lah. walaupun rumah jauh, takde alasan untuk cik zira datang lambat. orang lain nak lambat, itu dorang punya pasal, cik zira kena tepati masa,, =)






perkara pertama, kena jaga budak perempuan mandi. kena pantau dorang mandi. bagi masa. dorang kalau tak jaga, mandi punyalah lama tak kisah orang lain. lepas tuh memekak. bilik air cikgu yang dorang guna tuh pun dah macam ape dah, penuh dengan baju-baju sume. yelah, budak baru darjah 4, tak biasa tidur selain dari tidur dekat rumah. tu yang tak pandai. sebab tuh kitorang nak biasakan dorang dengan keadaan macam tu. nak ajar dorang berdikari dan berdisplin.






lepas mandi, dorang makan. ha, masa ni lah cik zira makan habiskan roti sandwich telur tu. cikgu-cikgu lain semua makan nasi lemak. cik zira malas nak makan nasi lagi.






lepas makan, dorang semua kena jemur tengah panas untuk belajar kawad. cik zira pun sama-sama berjemur dengan budak-budak, sama-sama berkawad. habis muka terbakar lagi sekali. baru je nak cerah sikit balik lepas hantar budak olahraga dan hoki, tapi nampak gayanya lepas berjemur lagi tengah panas untuk berkawad, terbakar lagilah muka ini,, huhu









budak-budak ni baru nak belajar kawad, banyak kesilapan dorang buat. budak sekolah rendah dengan sekolah menengah lain. sekolah menengah bila masa berkawad akan buat betul-betul dan akan dengar arahan. tahu erti berkawad dan pengorbanan semasa berkawad. macam cik zira dulu masa form 4 di SMK Tengku Afzan, Kuantan, masuk kawad KRS, dah tahu dah macam mana kawad yang sebenar. sebab tu masa tengok budak-budak tu tadi buat main-main, rasa geram je tengok. tapi bila buat salah dorang kena denda turun 10-15 kali. padahnya main-main semasa berkawad.






habis latihan kawad, dorang kena bersihkan kawasan sekolah. cik zira pun sama-sama dengan dorang kutip sampah masukkan dalam plastik hitam. sebagai cikgu, cikgu kena sama-sama buat kerja dengan budak-budak. budak-budak akan semangat nak buat kerja sama bila tengok cikgu pun buat. ini kalau cikgu yang hanya pandai bagi arahan tapi tak buat kerja, cik zira rasa macam tak patutlah.


botol-botol air paling banyak terbuang,, sayang sangat




acara perasmian penutupan kursus, cik zira sediakan notes ringkas untuk tahu perjalanan penutup. tak perlu buat teks MC untuk majlis ringkas seperti itu. tanpa menggunakan microphone, cik zira mengacarakan majlis penutup dengan ringkasnya.







selesai tugas menjadi jurulatih Kursus Asas Unit Beruniform dan selesai tugas menjadi pengacara majlis acara penutup kursus. habis dalam pukul 12.40 tengah hari tadi. amek nasi bungkus, yang nasi lemak sarapan tadi dan nasi berlauk untuk tengah hari, dah jumpa Kak Rin, penyelaras kursus cakap terima kasih, terus masuk kereta nak balik rumah. panas sangat rasa sebab kena berjemur tengah panas,, hehe


dah cubit sikit masa bawa kereta nak balik,, ;)




sampai rumah, tengok makanan sedap atas meja. tapi nasi ada 2 bungkus. jadi, makan dululah nasi bungkus yang dapat. makan 2-2 sekali. tapi makan nasi lemak, nasi putih tak makan, habiskan semua lauk yang ada.






ni tengah mengantuk, penat semua ada. esok sekolah. esok pagi nak kena siapkan lesson plan untuk minggu ni. sabtu nanti kena ganti sekolah. aduhai, bekerja keraslah kamu wahai badan,, =)






itu sahaja update cik zira untuk hari ini. maaflah sibuk sangat sampai tak sempat nak update untuk pagi tadi.






jadi, berjumpa lagi di entry pagi esok  ye,, ^_________^






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 3 april 2011 2.54 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails