hai semua, salam sayang dari cik zira
dah lama rasanya cik zira tak memberikan tips dalam blog MERAH ini, petang ini cik zira nak berkongsi sedikit tips yang rasanya semua orang terutama perempuan dah tahu dan patut tahu
tajuk tips pada kali ini ialah sesuaikan diri anda
apa maksud sesuai tu? sesuai tu bermaksud korang kena tengok tempat yang korang nak pergi tu. contohnya, ke majlis perkahwinan ke, ke tempat kerja ke, ke shopping mall ke, ke pantai ke. kena tengok mana lokasi hendak dituju dan sesuaikan diri anda dalam erti kata lain cara anda berpakaian
ini antara tipsnya ye :
# kalau hendak ke shopping mall, nak tawaf satu mall tu nak mencari barang, tak perlulah heavy dress high heels segala. cukuplah dengan berjeans atau berseluar ringkas dan memakai flat shoes yang pada cik zira lagi memberikan keselesaan kepada anda. sekiranya anda memakai heels, akan membuatkan anda tak selesa dan memenatkan dan perjalanan pun menjadi lambat. kalau pakai flat shoes kan senang, jalan cepat-cepat pun boleh. macam cik zira memang jalan cepat tau,, =)
flat shoes kegemaran cik zira jenama bata. memang selesa.
inilah kasut kerja, inilah kasut jalan,, ngee,,
okeh, macam ni boleh gi shopping sekarang!
# kalau diundang ke majlis perkahwinan, pakailah pakaian yang bersesuaian. selalunya pakaian seperti baju kurung, kebaya dan sekarang kaftan pun dijadikan pakaian untuk ke majis seperti ini. ha, masa ni boleh jelah nak pakai heels sebab memang sesuai dengan pakaian cantik yang dipakai. masa ni jugak boleh melaram cantik-cantik kan walaupun tak secantik si pengantin, namun tetap cantik untuk bergambar dengan pengantin.
ha, kan ikut tema MERAH tu,, ^____*
# ha, bercerita pasal make up. ye, memang perempuan suka dengan make up. tapi pun kena sesuaikan dengan tempat k. kalau macam ada event besar ke yang memerlukan anda make up cantik-cantik , bolehlah anda nak make up secantik-cantiknya. tapi kalau sekadar ke shopping mall je, tak usahlah k. eloklah jika sekadar make up yang nipis dan nampak kecantikan semula jadi anda. make up tebal ke shopping mall nanti lalu sebelah orang mesti orang akan cakap. takpelah, kalau anda memang cantik, tak kisah, orang pun memang akan kagum dengan kecantikan anda. tapi katakan kalau make up tu nampak betul tebalnya, orang pun mesti heran, nak pergi shopping ke nak pergi mana. ye tak?,, ;)
make up natural lagi nampak cantik sebenarnya,,
# kalau sekiranya ada event yang bertema seperti tema arabian ke, tema korporat ke, dan apa-apa tema lain ke, cubalah mengikut tema dan cubalah mencari baju yang bersesuaian dengan tema. barulah nampak kesungguhan anda support tema majlis itu. macam cik zira, kalau dinner ada tema-tema ni, memang sangat suka, akan berhabis untuk nampak cantik dan mengikut tema sebaik mungkin. best tau bergaya di dinner bertema ni. time ni lah nak melaram habis, tak seperti kebiasaan kita hari-hari. diri sendiri pun rasa puas sangat. percayalah!
cik zira dalam tema HIJAU
cik zira dengan tema arabian masquerade
cik zira dalam tema dree & tuxedo
# bagi yang free hair mungkin tak bermasalah sangat, tapi bagi yang bertudung, ha, ingat tau, perlu padankan kombinasi tudung + baju dan skirt atau seluar yang sesuai. warna, fabrik dan sebagainya perlu diambil kira walaupun hanya ke shopping mall. biarlah nampak sejuk je mata memandang. kalau nak cuba lain dari yang lain pun, pastikan ianya sesuai dan tak sakitkan mata yang memandang. selalunya kan, pakai yang simple itu lagi cantik dan comel dipandang. kalau pakai yang sarat sangat, anda sendiri rasa tak selesa bila tengok orang sekeliling duk pandang-pandang. pandang-pandang tu ada sebabnya, 1 sama ada cantik dan 2 sama ada apa yang anda pakai tuh nampak tak cantik di mata-mata mereka. jadi, bergayalah mengikut kesesuaian diri anda. bersederhanalah kalau boleh ye,, =)
itu sahajalah tips untuk kali ni di petang hari ni. harap sedikit sebanyak dapat memberikan idea kepada anda dalam menyesuaikan diri dengan lokasi mana yang hendak dituju. setiap apa yang kita pakai akan diperhatikan, jadi berhati-hati dalam memilih pakaian ye. pastikan pakaian yang dipilih sesuai dan paling penting SELESA.
tips ini disediakan khas oleh cik zira hanya di blog MERAH ini.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 12 april 2011 9.48 a.m.
No comments:
Post a Comment