SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, May 3, 2011

dapat makan steamboat, yay lagi!






senarai makanan keinginan seterusnya yang sudah berjaya dimakan ialah.....









STEAMBOAT!!







ahad malam yang lepas, setelah sebelah petangnya dapat makan sizzling mee, malamnya cik zira bawa sarah makan steamboat pulak. kan teringin nak makan steamboat jugak, jadi terlanjur ada teman ni, kena capaikan hasrat makan apa yang teringin nak makan sangat





 

kitorang keluar rumah pukul 9 malam macam tuh, sampai macam biasalah rawa steamboat memang penuh sampai ke luar-luar, tapi cik zira tetap akan ke steamboat yang satu ni, rileks dan selesa walaupun orang tak seramai di rawa steamboat yang berjiran tuh, ramai memang ramai jugak tapi ramai yang masih memberikan keselesaan






makan berdua dengan sarah, tak makan banyak mana pun sebab dah kenyang makan banyak, jadi kitorang makan mengikut kapasiti yang dibenarkan oleh perut masing-masing,, hehe






cik zira tak taip dan bebel banyaklah ye, korang layan gambar makanan ea


 ais krim makan last sekali tapi gamba awal sekali,, aduhai

 bahan-bahan yang nak dicelur

 bakar sarah bakar!

 direbus dalam kuah tomyam

 datang mesti wajib makan mee ni dulu,, hehe

daging dan ayam yang sudah di bakar,, nyum nyum

 sudah boleh dimakan, ngap!

 suka sangat dengan sos bbq tuh, sedap

bahan bakar lain, daging ikan dan sotong pula




amacam ?
ada teringin nak pergi sini?
memang cik zira suggest makan lagi-lagi kalau nak bawa femly makan ramai-ramai, memang best sangat!







harga sekepala RM 18, budak kecil RM 9 dan boleh makan sebanyak mana yang nak, tapi ada peraturan terbaru, lebihan sisa melebihi 100 gm akan dikenakan bayaran RM 5. nasib baik cik zira dengan sarah takde bazir langsung. sume makanan telah selamat dalam perut,, =)






ada yang tanya kat mana kan steamboat yang cik zira suka makan ni?
baiklah, cik zira bagi infonye ye






nama kedainya dan alamat dan no telefon sekali cik zira bagi tau, 






OKID RIA BBQ 'n' STEAMBOAT
OKID COTTAGE SDN BHD
31, JALAN SASA 5, TAMAN GAYA, 
ULU TIRAM, JOHOR
07-8614725






dibuka kalau tak silap cik zira dari pukul 5 petang sampai 12 malam, jadi datang awal sikit lepas isyak ke, makanlah puas-puas sampai dah tak larat makan ye,, memang sangat puas hati,, ;)







dah bagi info ye, sape yang dah dapat alamat tuh, senang je, google maps, terus tahu jalan






kalau tak tahu jugak, senang jek, jalan nak ke ulu tiram tuh, lepas jusco tebrau, terus lagi, nampak petronas belah kanan terus sikit lagi, amek susur ke kiri naik atas, kalau terus ke tiram, tapi naik kiri atas, dan terus amek kiri, belok kanan dekat trafik, kemudian terus dan amek kanan, ada tempat u turn tapi jangan u turn, masuk terus dan belok kanan terus, dah nampak rawa steamboat dah, tapi terus lagi akan nampak Okid Ria ni ye,, =)







harap dapat membantu tau, mana tahu nak bawa femly makan atau member-member, memang bestlah sambil lepak borak-borak. 






selamat menjamu selera di sana ya!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 2 mei 2011 7.30 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails