SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, May 19, 2011

semalam, 18 mei 2011





Assalamualaikum 
salam sayang buat semuanya







oleh kerana hari selasa telah pun bercuti wesak sehari, maka semalam pergi ke sekolah dengan semangat. nak jumpa budak-budak dan nak buat ulangkaji.






semalam cik zira pakai baju kurung kecoklatan dan tudung syria dark brown. simple sahaja semalam,, =)






sampai sekolah macam biasa. tapi semalam dekat bilik guru macam sibuk sangat sebab takde mesyuarat jadi cikgu pagi pun semua dah habis kelas, tu yang sibuk semacam kat bilik guru tu. cik zira semalam dah minta surat status pengesahan bujang dekat pejabat, cuma belum sign je lagi. dah setel dah perkara itu.






masuk kelas mengajar macam biasa. buat ulangkaji. kelas 3B dan 2E cik zira tak risau sangat. 3J tu memang boleh tolong mana yang cik zira mampu tapi alhamdulillah dorang ingat, tapi tak tahulah masa periksa nanti ingat ke tidak kan. masalah pada 2F ni, kelas cik zira sendiri. memang sangat risau dengan dorang. dorang jenis tak nak ingat apa yang cik zira ajar. macam dah pandai sangat. sebab tu bila tanya balik, semuanya lupa. sedih sangat rasa. padahal dah belajar, dah buat repetition banyak kali, masih tak ingat. tulah, degil sangat. takpelah, cik zira berusaha dan berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuk anak-anak cik zira semuanya. AMIN.






masih dapat hadiah semalam. adalah dalam 7-8 hadiah. bawa balik rumah dan simpan dengan hadiah-hadiah lain. ada sorang tu siap belikan keychain yang ada nama hazirah lagi. rajin dia mencari. siap ada maksud nama hazirah tu. sweetlah anak-anak cik zira ni,, =)






semalam jaga perpustakaan seperti biasa. kirim milo ais dekat sorang budak 3J. haus sangat. dapat makan pun kul 5 lebih. nasib baik awal-awal sampai tuh dah serang kerepek pedas dengan dadih dulu, jadi takdelah lapa sangat. bekal semalam ialah nasi + sayur kangkung + kuah asam pedas yang sedap + ikan goreng. letak dalam bekas baru budak bagi hadiah. besar sikit bekas tu,,





perjalanan balik sekolah semalam lancar di lebuhraya pasir gudang, cumanya mula dari pandan tuh dah slow dah sampailah ke lampu isyarat kampung melayu. kat situ je boleh sangkut sampai 10-15 minit. geram betul. padahal dekat highway smooth jek. memang kena banyak bersabarlah memandu kereta ni kan. sampai semalam dekat rumah pun dah azan dah pun. basuh bekal, makan bihun goreng kemudian mandi bersiap solat ngaji semua. kerja sekolah takde, jadi boleh berehat tengok tv dan tido awal sebab mengantuk.






begitulah kiranya cerita cik zira semalam. hari ni pun semoga semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 19 mei 2011 8.03 a.m.

2 comments:

Faizaharis2 said...

sedappnyeeeeeeeeeeeeeeeee.....lapo plakk akak hehehe

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

hehe,,
bekal macam tu lahh yg kt bawa gi skolah hari2 kak,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails