SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, May 25, 2011

semalam, 24 mei 2011





..Assalamualaikum..






ini cerita semalam :





& awal pagi dah pergi hantar bik ani bayar cukai tanah dekat larkin. sekejap sangat sebab takde orang.






& lepas bik ani dah bayar cukai, hantar bik ani pula kat pasar larkin. bik ani nak membeli barang. dia balik sendiri naik teksi sebab cik zira ada urusan lain nak kena selesaikan.






& cik zira kemudiannya pergi ke bsn larkin untuk mengeluarkan gaji yang ada nak keluarkan pencen atok sekali.






& selepas itu, ke holiday plaza untuk bayar insuran dan road tax di cimb. sampai je holiday plaza, parking dan masuk, kosong je, sunyi sepi. ada beberapa orang je dalam tu. cimb pun tak buka lagi. maka menunggulah cik zira sorang-sorang. bila cimb dah buka, setelkan bayaran semua dan terus keluar meninggalkan holiday plaza. tunggu jelah road tax siap dalam masa beberapa hari ni. 






& lepas holiday plaza, pergi isi minyak kereta plak sekali transfer duit dekat mesin cash deposit dekat mobil tu. dah selesai, pergi pejabat pos kg melayu plak masukkan duit dalam asb. setel semua, balik rumah, serah duit pencen pada atok dan bagi duit pada atok dan bik ani. kan dah gaji,, =)






& sebelum gi sekolah, masa yang ada update fail dan siapkan senarai nama untuk kelas cik zira, 2F untuk diisikan markah oleh cikgu-cikgu subjek. buat awal, selesai awal, senang. nanti sebelum cuti dah boleh bagi cikgu-cikgunya tu.






& bersiap ke sekolah. isi bekal dan gerak. semalam lambat sikit gi sekolah. tapi sampai sebelum kul 12 lah.






& semalam hari pertama peperiksaan pertengahan tahun. jadi, kena tengok jadual dan kena pastikan soalan diambil di bilik SUP dan dipulangkan setelah tamat peperiksaan.


teacher hazirah plak yang main plastisin ( cani ke eja,, ngee) budak bawa




& dapat makan masa pukul 3 lebih. tapi awal-awal tuh kul 12 lebih dah makan nasi goreng pedas sedap kak ida bawa sambil makan kerang rebus cicah sambal bik ani buat.







& kul 3 lebih tuh makan lagi nasi + sayur kacang panjang + telur dadar + bergedil + sambal. habis tuh makan. tapi kerang banyak sangat minta tolong kak sharifah noor habiskan,, hehe



siap dah bukakan kerang untuk kak sharifah noor makan,, ;)




& masa balik hujan lebat sangat. kesian budak basah nak balik. tapi hujan renyai dah masa keluar sekolah. cik zira kan minggu ni bertugas, jadi kena awasi budak-budak.






& perjalanan pulang semalam alhamdulillah. lancar sahaja dan sampai rumah terus je azan.






& malam semalam takde kerja sangat nak dibuat sebab semuanya dah selesai kecuali untuk tanda periksa dan isikan markah je nanti. cuti sekolah nanti agak sibuk jugaklah nak selesaikan mana yang patut.






ha, itu sahajalah cerita semalam, selasa, 24 mei 2011. gaji pun dah masuk dah uruskan semua yang patut dan bulan ni kena berjimat lah, macam bulan-bulan sudah jugak,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 24 mei 2011 9.24 p.m.

2 comments:

si tuan putri kiUt said...

sedapppnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr bekal tuuu.... huwaaaaaa....lapor3...

hazirah abdul rahman said...

hehe,,
sedap sangat,, habis dah kerang rebus tu,, ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails