SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, May 9, 2011

Takwim Sekolah Bulan Mei







salam sayang semuanya
Assalamualaikum








pagi ni cik zira cuma nak buat senarai perkara penting yang akan berlaku di sekolah cik zira, SKTC







bulan Mei bulan sebelum cuti ni memang akan banyak kerja yang perlu dibereskan, dan jika dapat siapkan, dapatlah bercuti dengan tenang tanpa gangguan kerja yang bertimbun, Insya Allah







okeh, ini dia senarai penting yang cik zira ingat lah :




  • 11 Mei - Mesyuarat Sekolah
  • 13 - 15 Mei - Perkhemahan murid Tahun 5 di sekolah
  • 16 Mei - sambutan Hari Guru Sekolah
  • 17 Mei - cuti hari Wesak (boleh ganti tusyen)
  • 24 - 26 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • 28 Mei - cuti sekolah bermula






itu yang penting-pentinglah yang cik zira ingat setakat ni untuk takwim sekolah bulan Mei ni,, dalam masa yang sama banyak sangat sebenarnya kerja kena selesaikan, dan alhamdulillah kerja-kerja yang perlu disiapkan cik zira dah siapkan jugak, cuma sekarang tengah minta tolong cikgu-cikgu yang ajar kelas 2F buatkan Buku Adab yang kena bulat-bulatkan markah pencapaian untuk budak-budak. baru selesai berapa orang cikgu, masih perlu minta bantuan. mana yang free, cik zira akan minta tolong. yang cik zira punya 4 kelas dah selesai dah minggu lepas,, =)






itu sahajalah rasanya update cik zira untuk entry pagi isnin ni. pagi ni pun banyak perkara nak kena selesaikan. pergi amek duit, isi minyak kereta siap-siap untuk seminggu, pergi photostat worksheet untuk ulangkaji dan basuh kereta. jadi, hari ni kena keluar dan balik pada waktunya sebab kena bersiap nak ke sekolah.






oh lupa, mulai minggu ni dan minggu sebelum periksa, cik zira akan berhenti mengajar tajuk baru sebab cik zira akan buat ulangkaji dengan anak-anak cik zira, ingatkan balik tajuk-tajuk dan perkara-perkara yang dorang dah belajar dan bagi latihan banyak-banyak. walaupun tak banyak pun sebenarnya,, =)





okeh semua. mari mulakan minggu ini dengan tenang dan kerja dengan baik ye semua.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 9 Mei 2011 7.46 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails