SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, May 1, 2011

Tesco + Jusco





hi hi semua
Assalamualaikum






salam hari ahad buat semuanya, selalu kalau hari ni ahad esok isnin mesti kena siap-siap nak pergi sekolah esok, tapi hari ni lain sebab esok masih cuti!! yahoo!!





yahoolah sangatnya padahal ada je keje kena siapkan, ha, dah tak boleh yahoo dah






korang-korang, nak tahu tak?
eceh, macam nak bergosip pulak kan,, ;)






semalam kan, cik zira pergi jejalan sesorang sekejap pantas dan lekas sangat,, =)






ceritanya begini,






eh, tapi sebelum tuh, nak tunjuk sarapan cik zira semalam,
jemput-jemput cicah sos cili, tunjuk tiga jek, padahal makan lebih dari tiga,, hehe








okeh, sambung ceritanya,







pukul 11.30 keluar rumah menghantar bik ani di bus stand larkin sebab bik ani nak ke shah alam. cik zira tak dapat temankan sebab ada tusyen. lepas hantar, nak balik lagi bape minit tuh nak kul 12, jadi cik zira ni, ceh, terus terfikir apa salah kalau terus pergi Tesco, nak beli sayur dengan barang sikit untuk rumah. jadi, terus memandu ke Tesco tebrau.






dahlah pakai tshirt je dengan jeans, sangat selekeh, tapi sebab fikir ah, takpelah, takde sape pun nak tengok, digagahkan jugak,, hehe






mula-mula masuk tesco, parking pun dekat luar jek, dekat nak gi Jusco, maklumlah tesco dengan jusco kan sebelah menyebelah jek, jiran katakan. parking tesco, jalan je gi jusco,, =)




ye, mereka berjiran sahaja,,




masuk tesco, tak beli barang apa pun sangat, beli sabun basuh, teh boh, telur, ubat gigi dan borong sayur-sayuran, murah katakan sampai tak ingat dunia macam bape orang nak makan pulak padahal rumah takde sape pun sangat, beli nanti tak makan sayang, tapi disebabkan murah kan, beli jugak, nafsu betul!



 semua barang dalam troli berharga RM 70.40,, =)


tengoklah, sayur jek harga sampai RM 20 lebih, punyalah banyak




dah siap beli dengan pantas, terus ke kaunter membuat bayaran. semalam ialah hari tanpa plastik ye, makanya barang semua diletakkan tanpa plastik di dalam kereta. susun, simpan elok-elok kemudian berjalan menuju ke jusco. cik zira jalan adalah sangat laju ye,, memang laju tambahlah jalan sorang-sorang, maklumlah nak kejar masa, pukul 2 ada tusyen plak, eleh, padahal kalau tak kejar masa pun memang jalannya laju,,






masuk jusco terus ke harris dulu beli buku tusyen budak baru dengan 1 buku tambahan untuk diri sendiri, lepas tuh, apa lagi, terus ke KFC, untuk apa? haha, nanti cerita kemudian ye,,



KFC dan buku yang dibeli di Jusco




dah keluar kfc, cepat-cepat jalan keluar dari jusco menuju ke kereta yang diparking kat tesco. terus balik rumah. bayangkan sampai tesco kul 12.10-12.15 macam tu, masuk tesco, masuk jusco, balik rumah, sampai rumah dalam kul 1.20. ha, cepat tak cepat? termasuk perjalanan sekali tau.







cik zira suka sangat, pergi mana-mana beli barang yang penting sahaja dan jimat masa, tak payah nak tengok sana sini,, duit pun sebenarnya jimat,, hehe







itulah aktiviti cik zira semalam, at least dapatlah jugak keluar walaupun sekejap.






hari ni aktiviti cik zira apa ye?






kul 9 sampai 12.30 macam biasa ada tusyen dengan budak menengah. lepas tuh takde plan, cuma sarah, member cohort yang mengajar dekat kota tinggi nak datang lepak sini. jadi, mungkinlah akan ada aktiti bersama cik sarah hari ni, tapi malam ada mentor, nak tengok mentor,, huhu






wah, walaupun takde cerita pasal sekolah, tetap macam banyak jek benda cik zira nak cerita kan kan, hehe







dah namanya suka menaip, kalau taip entry sikit-sikit, entry pendek macam tak senang duduk,, dah panjang sikit macam ni baru puas hati,,  ;)






ok semua, selamat ye, selamat beristirehat
bukan beristerirehat tau,, ;)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 1 mei 2011 8.03 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails