SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, June 24, 2011

mana pergi kasut-kasut MERAH??





teringat tau dulu masa dah lagi setahun je di maktab, dah nak dekat habis belajar, kerja dah selalu merayap je dengan member-member kesayangan. dan teringat masa pergi gurney, niat nak temankan dorang je shopping, sekali cik zira plak yang bantai shopping kasut MERAH sampai 3 pasang. ha, itu niat orang nak temankan member shopping dah terpesong jauh niatnya ke lain,, =P







cik zira sejak-sejak tahun ke berapa belajar, kaki dah sensitif, kalau awal belajar semua kenal cik zira ratu kasut, punyalah kasut banyak bersusun tak muat sampai dah nak susun lagi, tapi di akhirnya, dah tak boleh nak pakai kasut sebarang. kena pilih kasut yang betul-betul selesa. dan masa tu beli 3-3 kasut tuh selesa dan paling penting MERAH. sangat suka sebab tu tak boleh amek satu jek, kena amek 3 sekali,, hehe






meh, cik zira tunjuk dan cerita sket ea pasal kasut-kasut MERAH cik zira ni. mana dorang pergi.






ha, ni dia kasut MERAH cik zira tuh. yang corak tu beli dekat JB, tak beli sekali dengan 3 yang lain tu yang dirembat di Gurney Plaza.



cantik kan?,,, ;)





sekarang, cite satu-satu plak ea.






okeh, kasut pertama nak cerita ni carlo rino, masa beli dia less 50% ke 60% ntah, tak ingat. harga baru 20 lebih cam tu tak silap tak pun 19.90. flat shoes yang simple comel dan yang penting bila pakai sangat selesa. tak keras pun. tu yang beli tu sebab boleh bawa pergi kelas.






cik zira sayang kasut ni, pendek kata lepas beli tuh kerja nak bawa gi kelas je walaupun tak pakai baju MERAH, kasut tetap nak MERAH jugak tau! lama jugak kasut ni dengan cik zira dah berlasak ke mana pergi ntah, bukan setakat bawa gi kelas, jalan-jalan pun dia ikut jugak. sampailah dia dah uzur dah, tetap cik zira pakai sampai ke akhir nyawa dia. tak dapat diselamatkan lagi dan terpaksa cik zira buang walaupun sedih sangat sebab suka dan sayang kasut ni,, masa tu masih di maktab. kira nak dekat setahun jugaklah kasut ni bersama cik zira,, =(







kasut kedua ni harga dia mahal, masa tuh ada less 10% ke 20% je tak silap sebab time tu macam baru keluarlah pattern ni. carlo rino jugak. harga dia tak silap dalam RM 60 macam tu. bentuk bulat depan dia yang macam comel jek dan tetap selesa walaupun nampak keras tapi bila pakai dan bawa berjalan masih menyelesakan kaki cik zira.






ha, kasut ni masih ada dan pernah bawa gi sekolah sekarang banyak kali. cuma, kondisinya sekarang sudah uzur dan tak secantik masa baru beli dulu. masih boleh dipakai cuma kaki cik zira tak berapa nak tahan pakai dia lama-lama terutama masa perhimpunan. masih tersimpan elok. walaupun tunggu masa dia je, cik zira akan tetap simpan sampailah dah tiba masa tak boleh nak simpan dah. sayang jugak kat kasut ni.







sandal ketiga yang cik zira rasa sangat cantik dan membuatkan kaki nampak slim melim ni memang bila cik zira pandang dah terpikat. bila cuba, terpikat kali kedua. walaupun heels, namun bila pakai tu terus selesa dan mudah jugak nak berjalan. maklumlah, cik zira tak suka sangat pakai heels, memang jarang beli kasut tinggi, tapi bila nampak sandals yang juga berjenama carlo rino ni, terus beli dan terus pakai tau! masa tuh harga dia RM 50 tak silap.






ha, sandal ni baru pakai berapa kali je, elok lagi tersimpan dalam kotak. memang cik zira sayang. kalau ada apa-apa majlis, cik zira akan pakai dan simpan elok-elok.







dan yang kasut corak tu, masa beli harga dalam dua puluh lebih je tak silap, less 50% dekat summit, beli sama dengan BFF, tapi dia warna biru. pakai sekali dua je tapi suka sebab corak dan bentuk dia memang cantik bila dipakai. namun tidaklah selesa sebab dia keras. tapi nak simpan jugak sebab murah dan cantik dan MERAH,, ngee







begitulah cerita dan bebelan cik zira pasal kasut-kasut MERAH  cik zira. kalau diberi peluang, cik zira nak kasut yang pertama tu lagi. cari-cari lepas tu dah tak jumpa sebab dia stok lama dan memang nak habiskan stok, tu yang dia jual murah. dah tak jumpa dah lepas ni sebab kasut tu memang cik zira suka, selesa dan simple. ada riben satu depan dia. rindu plak dekat kasut tu.






lepas ni? oh, ada satu kasut MERAH cantik jugak cik zira beli untuk disember nanti. kasut tu bermakna lah sebab pakai hari penting,, =)






kasut MERAH yang tu disember nantilah cik zira tunjuk ye. tak mahal pun, tapi simple dan nampak cantik,,






okehlah, sampai sini jelah coretan cik zira pasal kasut-kasut MERAH cik zira ye. jangan serik baca entry-entry cik zira tau, datanglah blog MERAH ni baca lagi ea,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 23 jun 2011 8.06 a.m.

4 comments:

Aiza Haris said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa cantikkkk2 nyer kasutttt...jelessss3...hahhaa

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

kalau jeles, silalah beli jugak kak!! hehehehe,

safarinnhhyahaya said...

kasut akak sume cantek2..yg xtahan sume merah 2..hehe..hot la..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

mestilah dik, nama pun pencinta MERAH,, mestilah MERAH wajib, MERAH kan hott!!,, ^__*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails