SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, June 24, 2011

semalam, khamis 23 jun 2011





23 Jun 2011 - dapat gaji bulan jun. dah selamat selesaikan bayaran semua, simpanan dan segalanya pagi semalam. tinggal duit baki sahaja yang kena berjimat sehingga gaji ke seterusnya,, =)





pergi sekolah macam biasa, cuma tidak memakai lense. mata sudah sakit. tapi alhamdulillah, berkat doa kepada Allah, tidaklah seteruk mana lagi mata semalam. MERAH memang MERAH tapi masih boleh bekerja dan tidak memudaratkan.





semalam, pakai kain hitam + baju kebaya corak batik + tudung ariani hitam. pergi sekolah seperti biasa dan sampai seperti biasa. pukul 12.15 macam tuh ada taklimat SMM. dah tahu nak buat macam mana cuma data terbaru kena serah pada cikgu SMM.






mengajar macam biasa.






3J -  geram sebab dorang ni memory tak kuat. bila suruh baca tak nak baca, bila soal sorang dua je boleh jawab antara ramai-ramai. penat asyik nak kena pesan banyak kali. tapi, kena banyak bersabar sebab dorang memang ditakdirkan kurang cerdik, jadi kena tolong mana yang termampu.






2F - kelas sendiri ni, masuk bagi kertas pemberitahuan hari terbuka khamis depan. lepas tuh belajar pasal animals' sound. dah siap kerja, nyanyi sama-sama. dorang suka!






2E - masuk kelas bebudaknya takde, kosong jek. tunggu dalam 15 minitlah jugak. dorang masuk perpustakaan untuk masa BM. cik zira apa lgi, duduk berehat sekejap sambil buat apa yang patut + bergambar sekali,, ;)



teacher hazirah yang bergambar semasa menunggu budak masuk kelas




mengajar tentang long vowels dan short vowels sounds. kena bagi contoh dan latihan, alhamdulillah dorang faham. ada masa lagi, nyanyi-nyanyi dan buat pertandingan kumpulan.






3B - masuk bilik SAC. ajar dorang intial digraphs 'sh' dan 'ch'. baca chants dan kenalkan perkataan-perkataan yang bunyi depannya 'sh' dan 'ch'. macam biasa bila masuk SAC mesti ada kerja kumpulan dan dorang memang suka sebab kumpulan terbaik akan dapat pink sticker.






habis kelas 4.30 tu, masuk bilik guru dan duduk berehat sekejap. kemudian buat kerja mana yang patut. walaupun kelas 1 - 4.30, tak rasa penat pun. solat zohor macam biasa masa kelas 3J tu, tinggalkan dorang kerja.






hari ni jumaat dah, sekejap je rasa seminggu berlalu kan? esok kena kerja. pakai baju batik perpustakaan.






hari ni keluar rumah macam biasa pukul 1.






ini sahaja untuk entry ini. bye semua!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 23 jun 2011 9.09 p.m.

2 comments:

adarnadzmie said...

selamat pagi jumaat cikgu.. hehe..

hazirah abdul rahman said...

selamat pagi jumaat dEar,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails