SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, June 20, 2011

sabtu yang lepas, 18 Jun 2011





cik zira nak cerita pasal sabtu cik zira yang lepas ni, bertarikh 18 Jun 2011.






bangun awal untuk subuh dan bersiap ke sekolah. tunggu anep anta bik moi dulu gi sekolah, lepas dia dah balik, terus menuju ke sekolah cik zira. tugas cik zira di sekolah ialah menolong Kelab PENDITA, iaitu kelab guru SK Taman Cendana membuat jualan bersempena perlawanan 7 sebelah yang diadakan di sekolah kitorang.


muka awal pagi,, =)




orang ramai datang, jadi kitorang mengambil inisiatif untuk membuat jualan supaya menambahkan lagi tabung PENDITA. cik zira datang awal tolong potong kentang untuk dibuat wedges. dah habis potong tu terus ke gerai jualan memulakan sesi jualan.


kentang yang nak dijadikan wedges

tempat menggoreng




ada macam-macam makanan gorengan. ada wedges, ada fries, nuget, sosej, bermacam keropok lekor, ada jugak buahan-buahan dan minuman. menjual lah kami yang bertugas ni kepada mereka yang membeli.






cik zira ni, sambil jual, sambil tengok orang main bola. team yang cik zira kenal, cik zira dah mula bising dah bagi sokongan,, hehe. sape tak kenal suara cik zira kalau bersorak,, ha, kuat tau. memang boleh jadi pom-pom girl, eceh!







sambil menjual pun, sambil membeli untuk diri sendiri. cik zira bertugas sampai kul 1 jek sebab nak minta balik awal sebab pukul 2 ada tusyen. jadi, sampai waktu itu, cik zira makan 2 ringgit keropok lekor. air tak payah cakaplah kan, memang banyak cik zira minum, lagipun air manis, bukan men laju lagi sebat,, ;)






dalam pada tu, cikgu azmi dengan isterinya bawa baby comel dorang, adham. siap pakai jersey lagi tu. baru 2 bulan lebih tapi badan kepala dah kuat. cik zira sempat pegang dia, main dengan dia sekejap. rindu sangat nak jaga baby. sebab dari tingkatan 3 lagi cik zira dah pernah jaga sepupu masa dia baru lahir. masa si mayam tonet tu pun sama, cik zira jaga dia sejak umur 3 hari. memang dah biasalah dengan baby ni. tu yang jumpa baby memang suka. dapatlah lepaskan rindu dekat baby bila peluk adham hari tu.






sebelum balik, beli ais goncang dekat gerai cikgu azman. dah lama nak cuba, tapi baru hari tuh dapat cuba. dia lebih kurang macam ice blended rasanya cuma dia tak diblend, dia digoncang. tu nama dia ais goncang. campur pearl, baru RM 1.50. murah je. minumlah dalam keta on the way nak balik rumah.






sampai rumah, mandi lagi, solat zohor semua dah pukul 2 mulakan tusyen.






tusyen plak sampai ke petang. memang kira sabtu tu hari sibuk cik zira lah. malam baru dapat berehat sikit dan tido awal.






hari ni berpuasa sunat macam biasa. sabtu ahad saja tak puasa. pergi sekolah kang pun macam biasa. semoga minggu ni pun minggu yang baik untuk cik zira di sekolah. AMIN.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 19 jun 2011 6.14 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails