SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, June 14, 2011

semalam, isnin 13 jun 2011





Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,






entry rutin kembali semula, entry pagi bercerita pasal semalam,, =)






alhamdulillah, permulaan persekolahan penggal baru semalam semuanya berjalan lancar. bersiap ke sekolah seperti biasa. sampai sekolah juga seperti biasa sebelum pukul 12 tengah hari.


bukan men lagi, bergambar pun nak kena semangat jugak tau!




cik zira berkebaya biru berkain hitam bertudung syria biru semalam tau! nak cantik untuk bagi mood bersemangat memulakan tugas di hari pertama selepas puas bercuti sekolah,, ;)





kerja memang banyaklah semalam kat sekolah. masuk kelas semak jawapan periksa sama-sama. kelas 3J je tak dapat kertas periksa, 3 kelas dah selesai dah, sekali dengan pembetulan dah siap. hari ni dah mula topik baru untuk kelas 3B, 2E dan 2F. 3J ketinggalan sikitlah sebab takde kelas 3J untuk hari isnin.






makan semalam pukul 3 lebih. lapar sangat dah tak boleh tahan. makan sampai habis. bawa nasi + ayam masak merah + sayur kacang panjang. balik semalam pun makan nasi jugak tapi tambah lagi satu lauk kentang dan soo hoon masak kicap. peh, sedap-sedap.






malam semalam dah siapkan kerja pape yang patut disiapkan. nak print pun dah print, key in markah semua dah siap, alhamdulillah. tinggal pergi sekolah hari ni kena transfer data masuk dalam disket. harap-harap tiada masalah lah.






pagi ni tadi siapkan lesson plan untuk minggu ni. kerja lain yang cik zira target nak siapkan dalam minggu ni jugak ialah siapkan isi data markah semualah dalam buku adab untuk hari terbuka nanti. nak siapkan cepat-cepat, minggu ni jugak! Insya Allah. dah siap bawa balik dah buku adab sebab kalau ada masa je nak buat.






balik semalam pun sampai awal. sebelum azan maghrib. jalan sangat best sebab tak jam dan cepat je rasa sampai rumah. hari-hari macam ni kan best,, =)






hari ni? puasa sunat rejab semula. harap-harap laratlah. nak biasakan sampai ramadhan nanti. Insya Allah.
semoga hari ni berkerja, bersekolah pun bersemangat macam semalam dan hari-hari nak ada semangat supaya dapat buat kerja dengan baik.






.semoga korang pun bersemangat sama macam cik zira k.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 13 jun 2011 10.41 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails