SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, June 21, 2011

semalam, isnin 20 jun 2011





semalam kan, lepas subuh cik zira tido balik sebab mengantuk. semalamnya layan cerita melayu sempena hari bapa di astro prima dengan tv2 sampai kul 12. layan dua cerita sekali tau,, hehe. penyudahnya, tido lepas subuh, bangun kul 8.30,,;)





pagi-pagi tu pergi pejabat pos, pos tudung. pergi isi minyak kereta macam biasalah. hari isnin memang akan isi minyak kereta untuk seminggu tu. lepas tu hantar bik ani pergi komtar.





pukul 10 lebih bersiap macam biasa pergi sekolah. sampai sekolah macam biasa. mengajar buat kerja semua macam biasa. berjalan lancar je semuanya, alhamdulillah.






yang tak syoknya ialah, semalam memang rasa tak larat sangat. perut sakit. minggu lepas puasa takde masalah, semalam plak badan tak kuat. masa perhimpunan berdiri pun dah tak betul dah. tu yang balik rumah berbuka tu, cepat-cepat minum air makan sebab perut dah tak tahan sangat dah, kosong takde apa-apa. cik zira kan jenis tak sahur. jadi, ikut nasiblah, kalau minggu lepas takde masalah, semalam plak rasa tak larat. harap-harap hari ni takde masalah lah. AMIN.






semalam takde apa sangat kat sekolah. cuma ada satu cerita pasal budak nakal dalam kelas cik zira 2F tu. nanti cik zira ceritakan ye.






jadi, sampai sini jelah entry pagi selasa ni tau. pendek jek. cik zira doakan semoga hari ni adalah hari yang baik untuk kita semua. AMIN.








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 20 jun 2011 8.53 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails